Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2025 @ 11:42am

Gagal Tahan Sebak, Syed Saddiq Dilepas Bebas Dari 4 Pertuduhan

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara memutuskan bekas menteri itu tidak bersalah.

Sekaligus menerima rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023

Malah, turut bersidang Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.

Memetik laporan Harian Metro, Noorin ketika membacakan alasan penghakiman lebih satu jam berkata, pertuduhan dihadapi Syed Saddiq tidak berasas dan pendakwaan gagal membuktikan kesalahan bersubahat walaupun pada peringkat kes prima facie.

“Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah).

“Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang,” katanya kepad apemberita.

Justeru, panel mendapati sabitan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq oleh Mahkamah Tinggi terhadap keempat-empat pertuduhan tidak selamat selain mahkamah terdahulu tersalah arah dalam menjatuhkan hukuman itu.

Terdahulu, Syed Saddiq didakwa bersubahat bersama bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, dalam menyalahgunakan dana ARMADA sebanyak RM1 juta pada 6 Mac 2020 di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Kuala Lumpur. Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda, jika disabitkan.

Pertuduhan kedua melibatkan salah guna harta apabila dia didakwa menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berjumlah RM120,000 daripada akaun milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.

Dan, Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram, masing-masing melibatkan pemindahan wang sebanyak RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 16 dan 19 Jun 2018 di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001, yang membawa hukuman maksimum 15 tahun penjara dan denda lima kali ganda jumlah aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2024

“Ramai Je Isteri Yang Sanggup Berhabis Untuk Keluarganya”- Watie Hanifiah

Watie juga tidak mahu netizen membandingkan cara hidupnya yang lama dengan kehidupan Shuib yang dahulu.

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Zizie Ezette Semakin Kuat Hadapi Pemergian Suami – “Saya Nak Abang Tengok Saya Lebih Bahagia”

Zizie Ezette mengakui masih merindui arwah namun sedikit demi sedikit sedang belajar menerima takdir pemergian suaminya itu

Featured Tue, 31 Mar 2026

Puji Syed Saddiq Lelaki Budiman, Fazura Titip Doa Hubungan Kekal Ke Jannah – “Bahagia Kalian, Bahagia Kami”

Nur Fazura berkongsi momen manis ketika meraikan pertunangan pasangan popular iaitu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini.

Featured Tue, 26 Apr 2022

Iman Troye Dedah Teman Lelaki? Peminat Lelaki Patah Hati

Peminat lelaki patah hati dapat tahu Iman Troye sudah berpunya.

error: Content is protected !!