Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 28, 2025 @ 8:28pm

[VIDEO] Telefon Rosak Kurang Setahun, Leona Rugi Lebih RM10,000 – “Kenapa Saya Hidup Macam Orang Kaya…”

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona meluahkan kekecewaannya apabila telefon pintar iPhone 16 Pro miliknya rosak teruk dan tidak dapat dibaiki, sekali gus menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

Menerusi video di TikTok, Leona berkata peranti berkenaan baru dibeli pada September tahun lalu, namun kini sudah ‘bungkus’.

“iPhone 16 Pro yang saya beli belum sampai setahun, tapi Apple kata tak boleh dibaiki. Semua kerja penting saya ada dalam telefon tu,” katanya kecewa.

Lebih malang, kamera miliknya juga turut rosak. Leona mengakui kecuaiannya sepanjang musim panas ini telah menyebabkan kerugian besar.

“Kecuaian saya dah ‘burn’ lebih RM10,000 musim panas ni. Saya benci diri sendiri,” luahnya.

Leona turut berkongsi dia berdepan kesukaran apabila telefonnya rosak sehari sebelum pulang ke London.

Demi mencari iPhone warna merah jambu, rakan-rakannya terpaksa pusing hingga 10 kedai sebelum berjaya mendapatkan iPhone 13 terpakai berharga £400 (kira-kira RM2,400).

Bukan itu saja, Leona turut membeli DJI baharu berharga £500 (RM3,000) selepas peranti lamanya rosak ketika berada di Croatia.

Akhirnya, Leona membeli semula iPhone 16 Pro baharu selepas model sebelumnya tidak boleh diselamatkan.

“Kenapa saya hidup macam orang kaya? Musim panas ni, duit saya memang ‘lesap’,” katanya berseloroh.

Perkongsian Leona itu mencetus pelbagai reaksi netizen ada yang simpati, tak kurang juga yang kagum dengan gaya hidupnya yang mampu mengganti barangan mahal dengan mudah.

@leonsmeonss

life update if ur wondering why u can’t reach me it’s bcz I broke my phone 😁

♬ original sound – Leona 🦋 – Leona 🦋

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 5 Aug 2022
Featured Wed, 6 Apr 2022

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Nak marah tapi kena sabar hm.. Sampainya hati peniaga bazar Ramadan buat macam ni

Hiburan Wed, 17 May 2023

Aina Abdul Lali Kecaman, Sifatkan Diri Seperti Baju Kalis Peluru

Aduh memang kena kalis peluru pun sebab nak bawa fesyen yang gempak kan?

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Sat, 9 Dec 2023
Featured Tue, 27 May 2025

Puteri Balqis Pengsan Di Set Penggambaran, Pihak Pengurusan Tampil Mohon Maaf

Puteri Balqis bagaimanapun akan meneruskan kerja tertunggak selepas kembali pulih.

Hiburan Wed, 26 Nov 2025

Aura Positif Bapa Tiri Buat Shila Amzah Yakin, Syukur Ibu Akhirnya Jumpa Kebahagiaan

Shila Amzah teruja jadi pengawas kisah cinta ibu dan suami baharu

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑:这是世上最好听的声音

「音乐教父」罗大佑暌违六年再踏上大马舞台,摇滚老旋律让全场粉丝热情延烧!罗大佑满足甜喊 “这是世上最好听的声音。”

error: Content is protected !!