Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 29, 2025 @ 6:47pm

Warga Emas Dihalau Keluar Surau, Azhan Rani Tampil Bersuara – “Yang Merekod Tu,  Moga Ada Jalan Pulang”

Pelakon versatile, Azhan Rani berasa terkilan apabila melihat perkongsian video tular menunjukkan seorang warga emas yang dihalau keluar dari sebuah surau ketika sedang beriktikaf dan menunggu waktu dhuha.

Kata Azhan, melihat kepada perkongsian tersebut, dia teringat salah satu adegan yang terdapat dalam drama popular lakonannya, Nur.

Jelasnya, kebenaran itu sangat pahit sehinggakan orang mula melihat pada keburukan seseorang berbanding tujuan sebenarnya.

“Hari ni tertengok satu video seorang pakcik yang sedang beriktikaf dalam sebuah surau dihalau keluar sambil direkod dengan phone dan di upload kat sosial media. Alasannya kerana pembaziran tenaga letrik dan nak elakkan kecurian di surau tu kerana dah lepas waktu solat fardhu. Astaghfirullahalazim.

“Dalam drama Nur pun kalau siapa ingat ada satu watak Tok Siak akan halau watak Nur yang cuba datang ke masjid sampai baling selipar hanya kerana Nur perempuan lorong dan dirasakan tak layak berada di rumah Allah tu. Tapi tak apa,  itu dalam cerita. Yang pasal pakcik ni pulak dalam realiti.

“Kebenaran tu pahit. Dalam drama orang boleh melenting dan marah kalau sisi kudis-kudis kehidupan ni diceritakan. Tapi mampu ke kita menolak realiti kehidupan ni tak lari kudis-kudis yang kita bencikan,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan juga berharap insiden yang berlaku dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

“Semoga yang keruh dapat dijernihkan. Semoga ada pengajaran untuk kita semua.

“Insha-Allah doa yang baik-baik buat pakcik tu juga pada yang merekod pakcik tu. Andai hari ini tersasar moga esok akan ada jalan pulang untuk kita semua,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Apr 2025

Tanggung Kos Tiket 40 Jemaah Umrah Bernilai RM90,000, Aaron Aziz Nafi Ditipu -“Mereka Terdiri Daripada Golongan Berusia”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mengaku menampung perbelanjaan tiket 40 jemaah umrah yang dianggarkan bernilai RM90,000.

Trending Thu, 10 Dec 2020
Featured Fri, 8 Apr 2022

Coklat Telur Kinder Suprise Didakwa Mengandungi Salmonella

Didakwa mengandungi salmonella, coklat telur Kinder Surprise ditarik balik

Trending Wed, 20 Mar 2024

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Sokong Usaha Bebas Hutang Ramadan Ini

Melangsaikan hutang ni merupakan tanggungjawab kita sendiri. Lagi-lagi dalam bulan ramadan ni, tak best lah nak sambut bulan yang mulia dengan ada nya bebanan hutang kan? Sempena Ramadan tahun ini, apa kata kita cuba untuk […]

Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Farid Kamil Kongsi Foto Warkah Istimewa Untuk Isteri Sempena Anniversary Ke-12, Diana Danielle Pula Muat Naik Video Bakar Surat

Hari ini merupakan hari ulang tahun perkahwinan Farid Kamil & Diana Danielle yang ke-12.

Featured Mon, 28 Jun 2021

KWSP Perkenal i-CITRA, Permohonan Pengeluaran RM5,000 Kepada Semua Pencarum Bermula 15 Julai

Menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengumumkan KWSP bakal memperkenalkan i-CITRA yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada rakyat. “KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai […]

Hiburan Sun, 27 May 2018

Status Saya Single & Available – Puteri Aishah

Foto yang dimuat naik itu secara tidak langsung membuktikan tiada apa yang perlu kami sorokkan…Puteri juga memberitahu pengakuan ini adalah ikhlas dan tiada apa yang perlu disembunyikan.

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Trending Thu, 19 Apr 2018

Selepas 25 Tahun, Kumpulan KRU Akan Dibubarkan Bulan Depan. Girls! Jangan Nangis Ya

Kumpulan trio KRU akan dibubar bulan depan. Anda janganlah sedih.

error: Content is protected !!