Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2025 @ 6:55pm

[VIDEO] “Sky Tak Nak Tinggal Solat Sebab Nak Berdoa Untuk Akiko” – Ridzokumura

Usahawan, Ridzuan Ridzokumura mencuri tumpuan selepas memuat naik sebuah video memaparkan anaknya, Sky Taizo Okumura sedang menunaikan ibadah solat.

Menerusi hantaran dimuat naik di platform TikTok, Ridzo memaklumkan anak tunggalnya itu tidak mahu meninggalkan solat fardhu kerana mahu menyampaikan doa buat allahyarham ibunya, Akiko Okumura.

“Alhamdulillah, banyak lagi Sky dan saya kena belajar. Sky kata dia tak nak tinggal solat sebab selepas solat dia nak berdoa untuk arwah ibunya,” tulis Ridzo.

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa terharu dan memuji Sky seorang anak yang baik.

Malah, netizen juga turut mendoakan agar Sky terus istiqamah dalam menjaga ibadah solatnya.

@ridz_okumura

Alhamdulillah banyak lgi sky dan saya kena belajar🥰❤️🙏🏻 sky kata dia tak nk tinggal kan solat sbb selepas solat sky sentiasa berdoa untuk arwah ibu nya🥰🇯🇵🇲🇾

♬ suara asli – Sagala Musik – Sagala Musik

Terdahulu, Akiko meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat kondominium kediaman mereka terletak di Subang Jaya pada 28 Februari lalu.

Sekadar info, Ridzo dan Akiko berkahwin pada Februari 2009 dan hasil perkonhsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.

Artikel Berkaitan: Ridzokumura Reda, Mengaku Duit Milik Arwah Isteri Bernilai RM70,000 Hilang -“Nanti Jawablah Dengan Tuhan”

Artikel Berkaitan: Ridzuan Ridzokumura Kenang Allahyarham Akiko Sebagai Isteri Penyayang – “16 Tahun Tanpa Kawan, Dia Korbankan Segalanya Demi Saya…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

CJ WOW SHOP 欢庆两周年大优惠

C为了纪念这个重要的里程碑,从即日起CJ WOW SHOP各购物平台(包括电视、互联网和手机应用程式)都将会推出为期一个月的促销活动!

Featured Tue, 28 Mar 2023

Berlaku Sedikit Kekecohan, Diana Danielle Tepis Pelukan Farid Kamil

Allahu situasi tegang apa yang berlaku tadi? 🥵 Hmm min harap hubungan pasangan ini dapat selesaikan dengan baik

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Fri, 21 Nov 2025

8 Tahun Sepi, Irene Catalina Kembali Dengan Single ‘Mau Apa Lagi’… Sedia Hadapi Persaingan & Kecaman

Irene Catalina yang kini 47 tahun menegaskan faktor usia bukan halangan untuk terus berkarya.

Events Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Trending Sun, 20 Dec 2020
Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Nyaris Putus Asa, Aedy Ashraf Akui Tak Mudah Jadi Penerbit – “Dipandang Rendah Itu Dah Anggap Macam ‘Kawan Baik’”

Aedy mendedahkan perjalanan menyiapkan filem berkenaan bukan mudah sehingga pernah terdetik untuk mengalah.

error: Content is protected !!