Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2025 @ 12:30pm

“Tak Layak Jadi Ikon, Jauh Lagi Gelaran Datuk” – Tetap Rendah Diri, Fasha Sandha Mahu Lebih Aktif  Berbakti Di Perlis

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur apabila menerima Pingat Jasa Baik (PJB) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, baru-baru ini.

Meskipun mengakui dirinya masih mempunyai banyak kekurangan, Fasha menganggap pengiktirafan itu sebagai satu rezeki yang amat besar buat dirinya.

“Banyak kekurangan daripada kelebihan. Tetapi apabila kelebihan kita diiktiraf, Alhamdulillah… itu rezeki,” katanya.

Menurut Fasha, pengiktirafan seumpama itu bukan perkara biasa dan sama sekali tidak menyangka dia akan menerima anugerah sebegitu daripada pihak istana.

“Kurniaan seperti ini jarang diberikan oleh Tuanku Perlis. Jadi, saya tak pernah terfikir pun. Bagi saya, ini adalah kurniaan paling tinggi buat diri saya.

“Saya pun tak boleh nak cakap lebih kerana takut dianggap riak, tapi saya anggap ini hadiah yang sangat bermakna daripada Tuanku. Saya memang besar hati menerimanya,” ujarnya.

Jelas Fasha lagi, kurniaan itu turut menyuntik semangat dalam dirinya untuk terus menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya dalam bidang seni tetapi sebagai rakyat yang ingin memberi sumbangan kepada negeri tercinta.

Dalam masa sama, Fasha turut menyatakan hasrat untuk menjadi lebih aktif dalam menyumbang kepada negeri Perlis selepas ini, apatah lagi negeri itu mempunyai tempat yang istimewa dalam hidupnya.

“Insya-Allah, dengan kurniaan ini saya lebih bersemangat untuk perbaiki diri kerana masih banyak yang saya perlu perbaiki.

“Saya akan jadi lebih aktif di Perlis selepas ini. Walaupun saya dilahirkan di Johor, saya dibesarkan di Perlis. Sebab itu saya banyak menulis tentang Indera Kayangan. Anugerah ini adalah satu pengalaman yang manis,” katanya.

Fasha berkata demikian ketika ditemui di tayangan khas filem Citra Apartment yang dibintangi adiknya, Elisya Sandha yang berlangsung semalam.

Ditanya mengenai pandangan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya layak digelar ikon negeri Perlis, Fasha secara merendah diri menolak tanggapan tersebut.

“Ikon negeri Perlis? Terlalu jauh… banyak lagi yang lebih layak,” ujarnya.

Sementara itu, apabila menyentuh soal gelaran Datuk, pelakon drama “Scammer” itu berkata perkara itu langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

“Jauh sangat… terlalu berat. Tak pernah terfikir dan saya tiada komen,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Terima Anugerah Darjah Kebesaran & Pingat Negeri Perlis Sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Aishah Lawan BBNU?

Wah…dapat juga rasa macam BBNU kan? Hehe

Featured Mon, 26 Jan 2026
Hiburan Wed, 15 May 2019

Dulu Playboy, Amir Hasan Mengaku Dah Insaf

Wow, betul power ni ada 13 bekas teman wanita.

Featured Thu, 13 Apr 2023

Peminat Saling Berbalah, Sibuk Bandingkan Aina Abdul & Siti Nurhaliza – “Saya Segan! Tolong Jangan Laga-Lagakan Kami”

Laaa… dua-dua penyanyi hebat. Patut kita bersyukur Malaysia ada penyanyi hebat macam TokTi & Aina😚

Featured Tue, 26 May 2026

Neelofa Berhasrat Bawa Bilal & Abbas Tunai Haji Bersama, Impi Pergi Banyak Kali – “Moga Allah Kabulkan”

Neelofa berkongsi momen bersama pengikutnya ketika dia dan keluarga menunaikan ibadah haji sekitar tahun 2019.

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Wanita Sekuat Mana Pun Akan Lembut Bila Dilayan Dengan Kasih Sayang” – Fazura

Menurut Fazura lagi, wanita walau sekuat mana sekalipun akan menghargai lelaki yang memiliki sifat tenang, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar yang baik.

Hiburan Tue, 1 Jul 2025
error: Content is protected !!