Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2025 @ 6:46pm

Mental Terganggu & Reputasi Terjejas, Azlan Komeng, Nur Nilam Fail Saman Bekas Rakan Perniagaan Isu Salah Guna Nama & Wajah

Pelakon Azlan Komeng dan isteri, Nur Nilam Ortiz menerusi peguam daripada Tetuan Kyara & Co akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan perniagaan pasangan itu berikutan isu penggunaan nama syarikat yang diambil dan ditukar tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosi produk.

Peguam mewakili pasangan suami isteri itu, Farhayu Aziana Mazlan, berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa individu yang terbabit dalam isu berkenaan sebelum menghantar surat tuntutan (LOD).

“Untuk tindakan undang-undang ini, apa yang kami ambil pada peringkat awal adalah mengenal pasti individu terbabit yang perlu dihantar hantar LOD.

“Sekarang ini sedang dalam proses, ada yang kita sudah hantar. Malah, ada juga yang bakal dihantar. Setakat ini kami belum memulakan tindakan mahkamah.

“Kami masih menunggu jawapan dalam tempoh 14 hari untuk pihak terbabit memberi jawapan LOD itu,” katanya.

Farhayu  berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk baharu di bawah syarikat Nilam Empire di Hotel Royale Chulan Damansara, hari ini.

Seorang lagi peguam mewakili mereka, Isznie Anis Ismail, memaklumkan, antara tuntutan dibuat adalah untuk mengeluarkan sebarang hantaran membabitkan anak guamnya.

“Setakat kita hantar LOD sebagai tuntutan untuk pihak berkenaan mengeluarkan sebarang hantaran membabitkan anak guam kami.

“Selain itu, LOD turut menuntut pihak berkenaan berhenti menunggang atau menggunakan nama Nilam selepas berakhir usahasama bersama syarikat lama,” katanya.

Sementara itu, memperincikan isu yang berlaku, Nur Nilam mendakwa, bekas rakan perniagaan masih menggunakan namanya untuk tujuan promosi produk, biarpun sudah tidak mempunyai sebarang kaitan.

“Sebelum ini, syarikat Nilam HQ, adalah hak saya 100 peratus. Selepas saya bergabung dengan pihak berkenaan, saya mengizinkan mereka menggunakan nama syarikat.

“Selepas saya menarik diri, saya membawa bersama jenama itu dan mereka tidak boleh menggunakannya lagi. Tetapi, selepas itu, pihak berkenaan mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Nilam HQ Resources pula.

“Syarikat itu pada asal saya tubuhkan kira-kira lima atau enam tahun lalu, kemudian mengambil keputusan berundur pada bulan puasa lalu. Sekarang perniagaan saya diteruskan pula di bawah syarikat Nilam Empire,” dakwanya.

Nur Nilam mendakwa, selain kerugian wang ringgit, pihaknya juga berhadapan dengan tanggapan buruk daripada pengguna produknya, selain sukar untuk bangkit bersama syarikat baharu.

“Banyak kesan kepada kami terutama kepercayaan orang kepada saya. Sebab itu akhirnya saya bawa perkara ini ke depan selepas mengambi masa antara dua hingga tiga bulan untuk berdiam.

“Isu ini juga memberi kesan kepada mental. Jadi, saya mencari jalan penyelesaian. Selepas berbincang dengan peguam, saya fikir perlu dedahkan apa yang berlaku,” katanya.

Azlan turut mendakwa, selain menjejaskan reputasi, individu yang dikatakan bekas rakan perniagaan itu bertindak melampaui batas dengan mengganggu ahli keluarganya.

“Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, malah mencerminkan satu cubaan tekanan dan intimidasi terhadap keluarga kami. Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat.

“Tindakan ini jelas berniat untuk merosakkan reputasi dan menjejaskan nama baik kami secara terbuka,” dakwanya.

Terdahulu, sidang media dibuat Azlan dan Nur Nilam bersama peguam bertujuan menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangn pengguna berhubung perbezaan antara produk lama di bawah syarikat Nilam HQ dengan produk baharu yang ketika ini diusahakan dengan Empire Nilam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Nov 2025

Ubai MZ Kongsi Pengalaman Ziarah Kubur Ibu – “Tiba-Tiba Ada Suara Orang Jawab Salam Aku…”

Ubai MZ mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadi ketika menziarahi kubur arwah ibunya baru-baru ini.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Hilang 20 Kg, Aishah Tak Ralat Makan Dua Suap Selama-Lamanya

Kalau dulu makan berpinggan, sekarang cukuplah sekadar dua ke tiga suap. Pasti kenyang. Saya gembira dengan keadaan sekarang kerana pada masa sama, stamina ketika menyanyi di pentas juga bertambah baik.

Featured Tue, 5 Apr 2022
Featured Wed, 10 Sep 2025

“Moga Apa Yang Berlaku Di Indonesia Jadi Pengajaran Buat Semua” – Inul Daratista

Inul kembali dengan goyang gerudinya pada konsert Disember ini!

Hiburan Fri, 3 Nov 2023

Umur Bukan Penghalang, Ini Sebab Alif Satar Sokong Golongan Belia 35 Tahun Sertai PLKN 3.0 – “Saya Tengok Ramai Yang 30-an Tak…”

Min setuju apa yang Alif bagitahu tu! Tapi jangan risau ye peserta lahir tahun 2007 yang akan dipanggil

Hiburan Thu, 12 Feb 2026

‘Mau But Malu’ Curi Hati, Allan Andersn Angkat Kisah ‘Friendzone’ Dengan Irama Groovy

Allan juga merancang melancarkan beberapa single lagi sepanjang 2026 sebagai langkah menuju projek EP dan album seterusnya

Trending Wed, 7 Mar 2018

流浪汉「超励志爱情故事」别再自暴自弃了!

爱情总是发生得又快又急,让你还来不及顾及对方的现实因素,就已经被名为「爱情」的龙捲风给捲了进去。而在我们羡慕那些梦幻到不行的童话故事前,这样的爱情也降临在作家Emmy Abrahamson和Vic Kocula身上。

Featured Tue, 14 Dec 2021

“Dia Pun Nak Solat Berjemaah” – Monyet Sesat Dalam Masjid Berjaya Diselamatkan Bomba

Video beberapa anggota bomba yang menyelamatkan seekor monyet dalam masjid dipercayai di Bukit Jelutong, Shah Alam tular sejak semalam. Video yang berdurasi 1:36 minit itu menunjukkan anggota bomba sedang mencuba untuk membawa seekor monyet turun […]

error: Content is protected !!