Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 14, 2025 @ 4:55pm

Nabila Huda Pertahan Amy Search, Didakwa Sindir Individu Cetus Kontroversi – “Semua Dia Dah Dapat Tapi Biar Suami Kena Caci”

Pelakon terkenal, Nabila Huda tampil mempertahankan bapanya, legenda rock tanah air Datuk Amy Search, susulan kontroversi membabitkan penyanyi popular Shila Amzah baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di X, Nabila atau lebih mesra disapa Abil menegaskan Amy bukanlah seperti yang digambarkan, malah disifatkan sebagai seorang yang penuh adab dan merendah diri.

“I know him..Dia bukan macam tu. He’s always polite, very cool. Semua sifat rendah diri, karakter yang ada dalam diri saya, datang dari dia. Dari kecik lagi dia selalu ajar saya untuk sentiasa jadi orang yang humble,” katanya.

Dalam platform sama, Nabila turut meluahkan rasa kesal terhadap individu dipercayai merujuk kepada isteri bapanya yang didakwa telah menjadi punca kontroversi tersebut muncul.

Dakwa Nabila, indibidu tersebut dikatakan tidak hanya berdiam diri dan tidak mempertahankan suami tatkala nama selebriti itu kini hangat menjadi perbualan ramai.

“Mana “betina” yang punca porak peranda ni ek??

Senyap je..Duit nak..kaya nak..handbag mahal nak..title datin nak..semua kau dah dapat..Tapi kau biarkan kan je nama suami kau kena caci dengan taik yang kau dah buat.. Jahatnya..,” katanya.

Terdahulu, Shila Amzah mendakwa dirinya diserang secara terbuka ketika sesi latihan menjelang Konsert Ulang Tahun ke-20 MR D.I.Y di Stadium Merdeka.

Insiden itu dikaitkan dengan ciapan Shila di platform X yang menunjukkan sokongan terhadap kenyataan Nabila Huda berhubung isu ibu tiri.

Bagaimanapun, Shila menjelaskan tindakannya hanyalah sebagai tanda solidariti sesama artis, dan tidak berniat untuk mencampuri urusan peribadi mana-mana pihak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Nov 2023
Trending Tue, 17 Dec 2019
Hiburan Fri, 19 Jun 2026

“Masa Kahwin Pun Tak Peduli, Dah Cerai Lagi Lepas Tangan” – Abby Abadi Luah Realiti Ramai Ibu Terpaksa Hadap

Menurut Abby, soal nafkah anak bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana setiap tanggungjawab yang diabaikan akan dipersoalkan kelak.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

Featured Fri, 19 Jan 2024

“Demi Allah! Benda Tu Berlaku Secara Spontan” –  Tyzo Nafi Dakwaan Sengaja Mahu Jatuhkan DJ Lin

Allahu, macam tu rupanya, Tyzo tak berniat apa-apa pun diatas ucapannya yang tular tu😪

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ferrari Aliff Syukri Dijilat Api?

Dalam masa sama, jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik status yang menggambarkan kereta berkenaan adalah miliknya.

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Tue, 25 Jun 2024

Siti Nurhaliza Belum Bersedia Ulas Isu Pelantikan Pakar Di UMCced

Kita nantikan penjelasan daripada pihak berkenaan okay

error: Content is protected !!