Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 16, 2025 @ 11:10am

Wajah Fify Azmi Jadi ‘Wallpaper’, Netizen Dakwa Hubungan Dengan Niezam Zaidi Masih Utuh

Spekulasi mengenai hubungan cinta antara pelakon Niezam Zaidi dan aktres Fify Azmi kembali hangat diperkatakan selepas tular sebuah video di TikTok baru-baru ini.

Video berkenaan memaparkan Niezam bersama penyampai radio, Kai, yang sedang merakam kandungan berbentuk ‘terjah’ ke dalam kereta milik pelakon itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai bukanlah barangan dalam kenderaan tersebut, sebaliknya paparan skrin telefon Niezam yang secara spontan diminta ditunjukkan oleh Kai.

Meskipun hanya terpapar beberapa saat, netizen bertindak ‘pause’ video itu untuk meneliti dengan lebih dekat imej wallpaper yang tertera dipercayai wajah Fify Azmi yang mengenakan tudung dan berpenampilan seperti pesilat.

Lebih mencetus tanda tanya, imej tersebut seiras dengan salah satu gambar yang pernah dimuat naik Fify di Instagram sekitar September tahun lalu, sekali gus menguatkan spekulasi hubungan mereka mungkin masih belum berakhir.

Malah, segelintir netizen turut mendakwa kedua-duanya pernah menyatakan status terkini mereka sebagai ‘single, but not available’ seakan memberi bayangan hubungan itu masih ‘bercinta’ secara diam-diam.

Tindakan Niezam menggunakan gambar Fify sebagai wallpaper dilihat seolah-olah memberi petunjuk hubungan mereka mungkin belum benar-benar berakhir seperti yang didakwa.

@kai.hassan_

KOREK KERETA X NIZAM ZAIDI @Nzmzdi aka tajul guys @fifyazmi U sabar jap 🤣🤣 #korekkereta #korekkerataartis #korekkeretaselebriti #kaikorekkereta #tajul #diabukansyurga💔

♬ original sound – kai_Suria FM – kai_Suria FM

Bagaimanapun, Fify sebelum ini mengesahkan hubungan cintanya bersama Niezam yang terjalin sejak tahun lalu sudah pun berakhir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Mar 2025
Featured Thu, 18 May 2023
Featured Fri, 8 Nov 2024

Dakwa Difitnah Individu Wanita, Fazura Buat laporan Polis

Fazura bagaimanapun enggan memaklumkan secara lanjut mengenai hal tersebut.

Featured Mon, 14 Jun 2021

Selepas 8 Tahun, Zara Zya & Azlee Khairi Kembali “Bercinta” Dalam….

Drama Love Your Mr Arrogant lakonan Zara Zya dan Azlee Khairi yang menaikkan nama dua pelakon itu  kini kembali menemui penonton pada 10 Jun ini. Drama tersebut mencecah rating tertinggi ketika ditayangkan sekitar tahun 2013 […]

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
error: Content is protected !!