Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 16, 2025 @ 8:47pm

“Dia Gatal Nak Carikan Jodoh Untuk Saya” – Erma Fatima Respons Video Umie Aida, Mengaku Pintu Hati Sudah Tertutup

Pelakon dan pengarah tersohor, Erma Fatima memberikan respons terhadap video pelakon Datin Seri Umie Aida yang sibuk mencarikan jodoh untuk dirinya.

Video yang dirakam oleh adiknya sepanjang mereka berada di New Zealand baru-baru ini meraih perhatian warganet.

“Dia (Umie) itu gatal, macam tak ada kerja lain. Macamlah saya ini tak boleh nak jaga kesihatan saya sendiri.

“Sepanjang di New Zealand dia asyik nak cerita pasal jodoh saja,” seloroh Erma.

Namun begitu, di sebalik gurauan terbabit, Erma secara terbuka mengakui pintu hatinya sudah lama tertutup buat mana-mana lelaki selepas perpisahannya dengan bekas suami, pengarah Bade Haji Azmi.

Menurut Erma, sehingga kini tiada siapa yang mampu menggantikan keperibadian Bade yang pernah menjadi tulang belakang utama dalam kerjayanya.

“Saya tak fikirkan soal jodoh. Perkara itu tidak ada dalam senarai hidup saya dan tidak ada orang boleh gantikan Bade. Tak akan mungkin ada sebab apa yang saya kecapi sekarang adalah kerana dahulunya saya dapat suami yang sangat memahami saya, yang banyak berkorban masa untuk saya.

“Sejujurnya, saya tak rasa ada lelaki yang boleh faham saya seperti dia fahamkan saya. Tak mungkin ada orang dapat gantikan tempat Bade, buat masa ini,” luahnya yang berpisah dengan bekas suami pada 2017 selepas mendirikan rumah tangga selama 26 tahun.

Tambah pemenang dua trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu, walaupun ada lelaki yang cuba berkawan, namun hubungan itu tidak lebih daripada sekadar persahabatan dan dia juga tidak pernah meletakkan pencarian jodoh sebagai keutamaan dalam hidupnya.

“Tak pernah ada dalam fikiran saya untuk mencari pengganti kerana mungkin sebab kehidupan saya ini adalah kerja, kerja dan kerja. Jadi, saya tak ada masa untuk cari lelaki dan saya rasa tak ada lelaki yang berani nak datang dekat pada saya sebab mungkin mereka kata saya garang.

“Pintu hati saya ini dah tertutup dah dan belum terbuka buat masa sekarang. Ada beberapa lelaki yang berkawan dengan saya, tetapi mungkin sekadar berkawan sahaja, bukan untuk dijadikan suami,” katanya kepada XTRA.

Erma ditemui pada sesi pusingan akhir Pitch Story dan Pencarian Pelakon Drama Sangat Sempena Ulangtahun Ke-41 TV3 di Balai Berita, Media Prima, Bangsar, sebentar tadi.

Erma bertindak sebagai juri untuk pencarian pelakon Drama Sangat bersama penerbit Datuk Hasniza Nordin.

Pertandingan itu menobatkan dua pemenang utama, Zairi Aziz dan Ariana Yusof sebagai pemenang.

Dua bakat baharu yang terpilih bukan sahaja bakal menandatangani kontrak eksklusif selama tiga tahun bersama Alternate Records, malah turut berpeluang membintangi drama terbaharu terbitan TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Heliza, Hazwani & Farah Lee Tak Tahan Sebak, Berhubung Dengan Penduduk Gaza Buat Hati Luluh – “Beri Kami Sedikit Masa Lagi…”

Farah Lee menitiskan air mata, Heliza dan Hazwani Helmi sebak berbual dengan penduduk Gaza

Hiburan Mon, 30 May 2022
Trending Sat, 14 Jul 2018

Minta Wartawan Rujuk Twitter, Syed Saddiq Ditempelak Netizen

Keengganan Syed Saddiq menjawab pertanyaan media dalam satu video tular itu, mengundang kecaman netizen.

Trending Wed, 9 Jun 2021

Situasi Covid-19 Negara Kini Berada Pada Tahap Genting

Semoga yang terbaik buat Malaysia

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Apa status perkahwinan saya? Ini pengakuan Hunny Madu

‘Tonton video pengakuan” kata Hunny Madu.

Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

Hiburan Fri, 21 Feb 2025
error: Content is protected !!