Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 17, 2025 @ 6:50pm

“Bukan Sebab Artis, Boleh Pegang Suka Hati” – Raisa Simpati Nasib Nadin Amizah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Di Konsert

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa tampil menyuarakan rasa simpati terhadap rakan artis, Nadin Amizah, yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika membuat persembahan di sebuah konsert di Bekasi, Indonesia, awal Julai lalu.

Raisa atau nama penuhnya Raisa Adriana, 35, menyifatkan tindakan segelintir individu yang bertindak menyentuh tanpa izin sebagai tidak beradab dan tidak bermoral.

“Alhamdulillah, sepanjang pengalaman saya, belum pernah alami situasi sebegitu. Mungkin kerana faktor kawalan keselamatan yang ketat atau suasana yang lebih terkawal walaupun sesak.

“Tapi saya amat bersimpati dengan apa yang dilalui Nadin. Sebagai penghibur dan figura umum, kami bukanlah individu yang boleh disentuh sesuka hati tanpa izin. Perkara ini sangat berat dan saya faham betapa sukarnya situasi itu untuknya” katanya.

Raisa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya, Ambivert yang berlangsung di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam masa sama, Raisa menegaskan agar pihak penganjur lebih proaktif menjaga keselamatan artis dan peminat sepanjang acara berlangsung.

“Saya harap pihak penganjur lebih utamakan mengenai aspek keselamatan. Sebelum acara bermula, boleh diadakan taklimat keselamatan supaya semua tahu peranan masing-masing.

“Kalau keadaan terlalu sesak dan tiada kawalan rapi, bukan artis saja yang terdedah kepada gangguan seksual, peminat pun boleh jadi mangsa. Harap ramai yang ambil pengajaran daripada insiden ini,” katanya.

Terdahulu, Nadin Amizah mengakui trauma apabila mendakwa dirinya sekali lagi menjadi mangsa gangguan seksual ketika sedang membuat persembahan di negara kelahirannya.

Menurut Nadin, tindakan individu terbabit sangat menjijikkan dan tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana acara hiburan, selain turut menyifatkan pelaku tersebut tidak layak digelar peminat.

Artikel Berkaitan: Nadin Amizah Trauma, Dakwa ‘Disentuh’ Ketika Persembahan – “Rasa Kotor Dengan Tubuh Sendiri”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

林文蓀被家暴?多番被打也不敢喊痛

《决战好声》冠军林文蓀被家暴?多番被打也不敢喊痛。

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Featured Fri, 14 Apr 2023

Bakal Cerai Puteri Sarah 18 April Ini, Yusof Haslam Titip Pesan Kepada Syamsul

Semoga mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing

Hiburan Mon, 14 Jul 2025

Bongkar Realiti Hitam Dalam Masyarakat Moden, Filem ‘Munajjim: Sekutu Iblis’ Bakal Terjah Pawagam 31 Julai Ini!

Filem ini menampilkan Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon, Sherrie Merlis, Daniel Aqil & ramai lagi.

Featured Thu, 13 Apr 2023
Trending Thu, 16 Jul 2020

BSH Fasa Ke-3: Semak Cara Status Pembayaran

Jom semak cara pembayaran status BSH fasa ketiga!

Trending Wed, 3 Sep 2025
error: Content is protected !!