Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 17, 2025 @ 6:54pm

“Saya Tak Bersalah” – Alya Iman Kesal Dituduh Punca Keretakan Hubungan Zizi Kirana & Yusof Bahrin

Pelakon, Alya Iman menegaskan dirinya tidak bersalah susulan netizen memetik namanya yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Yusof Bahrin dan Ziri Kirana.

Menerusi ruangan komen di portal hiburan memaparkan berita mengenainya, Alya atau nama lengkapnya  Nur Alya Iman Azmil Mustapha menafikan sekerasnya dia terbabit dalam isu tersebut.

“Tiba-tiba kita yang kena ek, girl tak bersalah di sini,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, sebuah video memaparkan Alya dan Yusof membuat kandungan video di TikTok meraih tumpuan ramai sehingga dibanjiri komen netizen mendakwa dia adalah punca pergolak rumah tangga Yusof dan Zizi.

Selebriti berusia 24 tahun itu teruk menerima tohmahan netizen sehingga dituduh sedemikian dan terpaksa menutup ruangan komen di media sosial miliknya.

@bambamstudiosofficial

@Yusuf Bahrin kena buli dengan @Alya Iman 😂😂😂 #JomUsha drama SI BAKHIL DENGAN BUNGANYA, setiap Rabu-Khamis, 9 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One & sooka! #SiBakhilDenganBunganya #dramaSiBakhilDenganBunganya #megadrama #dramavaganza #dramaramadan #dramapetang #astromalaysia #sookamalaysia #bambamstudios #malaydrama #trending #AstroBaharu #DramaTikTok #sembangentertainment #dramaviral #fypシ#SembangMovie #BamBamStudiosReels #KongsiBersama #KongsiCerita #MeriahLainMacam

♬ GRR – Fantomel

Terdahulu, timbul spekulasi pasangan selebriti ini sedang berdepan kemelut rumah tangga selepas kedua-duanya dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, beberapa hantaran Zizi di aplikasi Threads juga menarik perhatian netizen apabila ia sarat dengan kata-kata yang seolah-olah meluahkan rasa hati dan penuh makna tersirat.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 selepas perkenalan mereka ketika menjayakan sebuah program hiburan.

Artikel Berkaitan: “Sejak Awal Penglibatan Dalam Dunia Seni, Saya Pilih Untuk Tak Campur Hal Kerja & Peribadi” – Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Buka Mulut Isu Rumah Tangga, Jawab Spekulasi ‘Unfollow’ Zizi Kirana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Jan 2019
Featured Sat, 15 Mar 2025

“Jujur Tak Ada Masalah Untuk Kami Beraya Sekali” – Puteri Sarah Tak Bergaduh Dengan Syamsul Yusof

Sarah mengaku hubungan dengan Syamsul masih baik dan tidak bergaduh.

Hiburan Mon, 2 Jul 2018

Boleh Ke Sajat Nak Anak Sendiri?

Kenyataan tersebut bagaimana pun mendapat perhatian netizen diluar sana yang mempersoalkan tindakan bahawa, bagaimanakah agaknya Sajat boleh mengandung dan sebagainya

Featured Sat, 15 Apr 2023
Trending Wed, 23 May 2018

Amarah Kilauea Terus Mara, Bumi Hawaii Makin Panas!

Sekurang-kurangnya 47 kediaman dan struktur binaan lain musnah di kejiranan Leilani Estates dan Lanipuna Gardens. Seorang lelaki dilaporkan cedera parah pada Sabtu kerana terkena percikan lahar.

Featured Fri, 5 Aug 2022

Insulin Kosong Dalam Badan, Ako Mustapha Dikejar Ke ICU

Semoga Ako diberikan kesembuhan dengan segera. Jangan lupa makan ubat okay 😊

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
error: Content is protected !!