Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 17, 2025 @ 7:40pm

BCL Syukur Tiko Diterima Baik Keluarga Arwah Ashraf Sinclair – “Saya Kini Ada Tiga Keluarga”

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tetap mengekalkan hubungan erat dengan keluarga mentuanya, iaitu keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair meskipun sudah berkahwin buat kali kedua.

Ketika ditemui media, Bunga meluahkan rasa syukur apabila suami terkini, Tiko Aryawardhana, diterima baik oleh keluarga arwah Ashraf, tanpa sebarang halangan atau jurang.

Malah, hubungan baik itu turut mendapat restu dan sokongan daripada keluarga Tiko sendiri yang tidak pernah menghalangnya untuk terus menjalinkan silaturahim dengan keluarga mendiang suaminya.

“Mereka (keluarga Ashraf) menerima Tiko seadanya dan saya sangat bersyukur dengan perkara itu. Keluarga Tiko juga tidak kisah dan memahami hubungan saya dengan keluarga Ashraf,” katanya.

Bunga turut mengakui, momen perkahwinannya bersama Tiko di Bali memberi satu rasa yang luar biasa apabila menyedari dia kini memiliki tiga keluarga yang tulus menyayanginya.

“Kalau dilihat semula sewaktu perkahwinan kami di Bali, saya seperti ada tiga ibu bapa sekarang. Ibu bapa kandung saya, ibu bapa Ashraf dan ibu bapa Tiko. Semuanya bersatu seperti satu keluarga besar,” katanya lagi.

Pelantun lagu terkenal Cinta Sejati itu menjelaskan, kasih sayang yang terjalin tidak pernah terbatas hanya kepada arwah suami, malah melibatkan seluruh ahli keluarganya yang banyak memberi sokongan selama ini.

“Saya bukan hanya mencintai Ashraf ketika hayatnya, tetapi saya juga menyayangi seluruh keluarganya. Mereka sangat baik dan terus menyokong saya walaupun selepas pemergiannya. Kini, mereka turut menerima kehadiran Tiko dalam hidup kami,” katanya.

Selebriti berusia 42 tahun itu berkata demikian ketika ditemui media pada sidang media konsertnya, Eternal Love – Timeless Romance Bunga Citra Lestari, yang berlangsung di Imperial Lexis, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, bintang filem My Stupid Boss itu menyifatkan keharmonian yang terjalin sebagai satu ‘anugerah’ yang tidak semua orang miliki.

“Kami kini seperti satu keluarga besar. Bagi saya, ini satu perkara yang sangat indah. Tidak semua orang berpeluang merasai kasih sayang dari tiga keluarga serentak.

“Masing-masing pun matang dan tahu peranan. Tidak timbul rasa cemburu atau iri hati. Yang penting, bagaimana kita saling menyokong antara satu sama lain,” ujarnya lagi.

Sekadar info, BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah, yang kini berusia 14 tahun.

Namun, kebahagiaan itu terhenti apabila Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Tiga tahun kemudian, pada 4 Disember 2023, BCL kembali bergelar isteri apabila sah bergelar isteri kepada Tiko dalam sebuah majlis perkahwinan meriah yang berlangsung di Bali, Indonesia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Dikecam Suara Tak Power? Janna Tak Ambil Hati

Tambah Janna, dia tidak sesekali akan membuat kenyataan ‘ Kalau Tak Suka Tak Perlu Dengar’ kerana kedengaran sebagai bongkak pula…Tak apa Janna, usaha tangga kejayaan!

Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Lagu Tentang Rindu Yang Tak Pernah Hilang, Atilia Haron Tampil Dengan ‘Dimanakah Kau Sore Ini?’

Atilia Haron kembali dengan karya terbaharu berjudul Dimanakah Kau Sore Ini?, sebuah balada pop yang menyentuh tema kerinduan dan hubungan yang masih terikat walaupun dipisahkan jarak.

Trending Tue, 21 Dec 2021

Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Anda Beli Tu Betul-Betul Selamat Dipakai, Senang Je!

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu! Banyak minyak […]

Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Selepas Wardina, Giliran Ibu Pula Tegur Aliff Syukri

Selain bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Safiyyah, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Rozita Ibrahim turut menegur anaknya.

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

Hiburan Tue, 4 Mar 2025

Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu, Noraniza Idris Rugi Lebih Setengah Juta

Noraniza Idris menyedari ditipu selepas akademi berkenaan gagal membuat sebarang pembayaran walaupun sudah mengambil kira-kira 20,000 pek produk.

Trending Mon, 1 Mar 2021
error: Content is protected !!