Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 18, 2025 @ 11:34am

Trauma Tragedi Pembatalan Konsert, Aisha Retno ‘Bangkit’ Dengan Showcase ‘The Aisha Experience’

“Pada awalnya memang saya ragu-ragu. Bukan ragu-ragu pada mana-mana pihak tapi ragu-ragu pada diri sendiri”.

Demikian luahan penyanyi berbakat, Aisha Retno ketika ditanya keadaan dirinya kini selepas terpalit dengan insiden pembatalan konsert Aisha Retno Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November tahun lalu.

Mengaku trauma dengan tragedi lampau, Aisha bagaimanapun berkata, dia kini meletakkan syarat kepada pihak penganjur iaitu LOL Asia untuk tidak melakukan showcase secara besar-besaran.

Malah, untuk melakukan showcase ‘The Aisha Experience’ yang bakal diadakan pada 20 September depan, bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia mengambil waktu yang agak lama untuk bersetuju.

“Pada awalnya memang saya ragu-ragu. Bukan ragu-ragu pada mana-mana pihak tapi ragu-ragu pada diri sendiri. Mampu atau tidak saya lakukan daripada segi fizikal dan mental.

“Sebab memang joke aside, saya memang terkesan dengan tragedi lampau. Mana-mana yang interview tanya soalan itu saya trauma sejujurnya.

“Tapi sebab saya mempercayai pihak LOL Asia ini yang pernah menjayakan berpuluh-puluh konsert international dan lokal dan team saya sendiri yang sama-sama memberikan semangat.

“Dan, macam saya katakan tadi, umur saya pun makin bertambah , takkan saya nak berehat selama setahun. Lagipun saya dapat sistem sokongan daripada adik, mama, ayah dan team.

“Peminat saya Aishalicious dah lima tahun mereka bersama saya, tak kan saya nak lepaskan mereka begitu sahaja dan sebab itu showcase ini terjadi dan harapnya semua berjalan dengan sangat lancar.

“Orang-orang yang berada disekeliling saya inilah yang menjadi saksinya. Untuk saya bersetuju dengan penganjuran showcase kali ini makan masa berbulan-bulan juga.

“Syarat dia, nak buat kecil-kecilan sahaja. Tak ada nak buat mega-mega sebab pada awalnya pun memang saya tak ada terdetik nak buat tapi apabila dapat peluang macam ni insya-Allah mungkin ini adalah petanda dari Allah untuk start. Kalau bukan sekarang bila lagi kan?

“Lima tahun dalam industri, mungkin inilah saatnya saya release album dan rentetan dari release album itu saya buat lah showcase ini. Just a chill celebration,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Aisha atau nama lengkapnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran album baharunya berjudul Rehab dan pengumuman showcase ‘The Aisha Experience’ yang berlangsung di Hyatt Centric Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketika disoal mengenai pengajaran yang boleh diambil dari insiden lampau, pelantun lagu ‘WHUT’ ini menegaskan untuk tidak terlalu mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain meskipun individu tersebut adalah orang yang paling rapat.

“Jangan mudah percaya dengan orang yang baik dan dekat dengan kita.

“Business is business, friendship is friendship,” jelasnya.

 

Terdahulu, Aisha pernah terpalit dengan kontroversi apabila konsert Malam Sutera yang dijadualkan berlangsung pada 16 November 2024 terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir oleh pihak penganjur, Kharisma Music International.

Bagaimanapun, Pengasas syarikat Kharisma Music International dan penyanyi, Yuka Kharisma menjelaskan, punca pembatalan konsert adalah disebabkan jualan tiket yang tidak memberangsangkan.

Tidak habis disitu, Aisha dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram menganggap pembatalan konsert tersebut sebagai satu penindasan, selain turut mendedahkan dia tidak dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 14 Mar 2019

吉隆坡电视剧节造势开跑!盛天俊陈美君不排除接演马来剧

第6届吉隆坡电视剧节(DFKL 2019)造势开跑;受邀参与盛事的Jordan盛天俊和Mayjune陈美君异口同声地表示“不排除日后接演马来剧。”

Trending Tue, 25 Jan 2022

“Orang Ingat Lagu Tu Simple, Tapi…” – Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36?

Pengganti penyanyi Ernie Zakri untuk menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) masih belum diumumkan. Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi masih belum mendedahkan penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab […]

Featured Sun, 12 Apr 2020
Featured Tue, 17 Jun 2025
Featured Wed, 7 Sep 2022
Eat Travel Tue, 12 May 2020

Solok ikan, kudapan sihat berbuka puasa dan sahur

Sumber protein yang mudah disediakan, enak pula

Featured Fri, 9 Sep 2022
error: Content is protected !!