Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 19, 2025 @ 8:05pm

[VIDEO] Aliff Syukri Nafi Nombor Plat Kereta Cecah Ratusan Ribu – “Jangan Fitnah Saya Riak”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan kononnya nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire miliknya dibeli pada harga mencecah ratusan ribu ringgit.

Menerusi satu video di Instagram (IG), Aliff tampil meluahkan rasa kecewa apabila segelintir netizen menuduh dirinya riak hanya kerana nombor plat pendaftaran ‘ADH 1’ yang dikatakan terlalu mahal.

“Saya tak tahu macam mana cerita ni boleh tersebar. Tiba-tiba orang tuduh saya riak. Masya-Allah.

“Kalau orang tanya saya pasal nombor plat ni, saya jawab jujur harganya cuma RM10,000. Tak pernah saya cakap sampai beratus ribu,” katanya.

Menurut Aliff, dia enggan mengulas lanjut mengenai nilai sebenar nombor plat itu kerana tidak mahu dilabel menunjuk-nunjuk.

“Saya ni baru nak berubah, tak mahu lagi ada perasaan takbur, riak. Tapi bila orang fitnah macam ni, saya pun jadi serba salah.

“Saya betul-betul minta maaf kalau ada yang terasa. Tapi sekali lagi saya tegaskan, harganya memang tak sampai RM10,000 pun,” katanya lagi.

Terdahulu, tular dakwaan bahawa nombor plat istimewa yang tertera pada kereta mewah milik Aliff itu dibeli pada harga luar biasa tinggi.

Difahamkan, kenderaan tersebut merupakan hadiah istimewa daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 29 Apr 2022

“Luck Saya Belum Sampai Lagi…” – Wani Syaz Kecil Hati Sering Dibandingkan Dengan Wany Hasrita

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri tak perlu pun nak bandingkan mereka… bestt je dua-dua nyanyi

Hiburan Mon, 10 Feb 2025
familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

Trending Wed, 23 Jun 2021

SonaOne Buat Lagu Dengan YHB Sleepsalot Dalam Masa 24 Jam Melalui Aplikasi Zoom

Rapper baru Singapura, berkolaborasi dengan penyanyi rap popular tempatan, SonaOne dalam lagu berjudul Jatuh Boi. Walaupun masih muda, YHB Sleepsalot bijak mengatur langkah membuktikan dirinya boleh menggegarkan arus hip hop di Singapura. “Jatuh Boi umpama […]

Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!