Featured By: Yanie Baharom February 3, 2019 @ 3:00pm

Batu jed bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan, tetapi turut mempunyai kuasa pemulihan

Dalam kalangan masyarakat Cina, batu permata jed dilihat sebagai simbol kemakmuran dan keharmonian. 

Tidak hairanlah ramai wanita Cina memiliki perhiasan diperbuat daripada batu permata yang cukup bernilai itu supaya manfaat atau tuah batu itu turut menyinari kehidupan mereka.

Penggunaan jed dikesan sejak beberapa ribu tahun dahulu. Ketika itu jed digunakan bukan sebagai hiasan atau aksesori, sebaliknya bagi menghasilkan senjata dan peralatan khususnya dalam kalangan kaum ayan serta Aztec. 

Kekuatan dan ketahanan batu itu menyamai kuartza, yang banyak digunakan pada Zaman Batu dan Gangsa untuk tujuan yang sama. 

Batu itu bukan sahaja tahan lasak, tetapi juga cantik dan boleh dibentuk halus menyebabkan fungsinya kemudian berubah apabila dijadikan aksesori.

Jika di Barat batu berharga seperti berlian dan delima digayakan oleh golongan bangsawan sebagai simbol status, di Timur khususnya di China, jed lebih bernilai dan menjadi lambang status, kerohanian dan kesihatan sejak lebih 9,000 tahun lalu.

Jed dibahagikan kepada dua kategori, iaitu jed nefrit (nephrite jade) dan jadeit. Jed nefrit terdiri daripada galian actinolite, amphibole yang kaya dengan kalsium dan magnesium (agregat yang juga membentuk satu bentuk asbestos).

Nefrit ditemui terlebih dulu di China dan dianggap jed tradisional yang diukir bagi membentuk hiasan dan aksesori. Batu ini sangat bernilai di China dan mencecah jutaan ringgit.

Batu yang dikenali sebagai jadeit pula terdiri hampir sepenuhnya daripada jadeit, pyroxene yang kaya dengan natrium dan aluminium. 

Ditemui di Burma dan menjadi bahan dagangan utama di China pada kurun ke-14. Hari ini, jed jadeit lebih banyak digunakan di China dan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, jed tradisional nefrit tidak dilupakan, malah pingat atlet ketika Sukan Olimpik Beijing bertatahkan jed nefrit.

 

5 fakta menarik mengenai penggunaan jed:

1. Manfaat kesihatan

Foto: mix.com

Digunakan masyarakat dulu sebagai rawatan bagi penyakit pinggang terutama buah pinggang. Perkataan jed dalam bahasa Inggeris ‘jade’ berasal daripada istilah Sepanyol piedra de ijada yang pertama kali direkod pada 1565. 

Piedra de ijada bermaksud batu pinggang (‘loin stone’), kerana reputasi keberkesanan bagi merawat penyakit pinggang dan buah pinggang.

 

2. Kostum pengebumian

Foto: Ancient Pages

Sejarah juga menunjukkan golongan bangsawan dan mereka yang berstatus tinggi di China akan dikebumikan dalam kostum diperbuat daripada jed!

Kostum itu mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan, selain mahal harganya, malah benang yang digunakan untuk menyambung kepingan jed itu diperbuat daripada emas, perak, tembaga atau sutera, bergantung pada status si mati.

Penemuan arkeologi kostum sebegitu dicatatkan ketika proses penggalian makam Putera Lih Sheng dan Putera Dou Wan dari Dinasti Han. Kostum jed itu diperbuat daripada 2,498 kepingan jed dan 1.1 kg benang emas.

 

3. Hiasan istimewa

Foto: robbreport

Jed yang diukir indah menjadi hiasan yang bernilai jutaan ringgit. Kepentingan batu permata itu tidak boleh dipandang rendah kerana kerajaan China satu masa dulu pernah berperang hanya kerana merebutkan hiasan tertentu yang diperbuat daripada jed!

 

4. Lambang status

Foto: pinterest

Masyarakat purba di China menjadikan jed yang diukir dalam bentuk tertentu sebagai lambang status atau pengenalan jawatan. Mereka yang mempunyai ukiran itu adalah wakil kepada orang bangsawan terbabit atau di bawah perlindungannya.

 

5. Aksesori

Foto: buylouisvuitton

Jed jadeit banyak dihasilkan sebagai aksesori atau perhiasan diri termasuk loket, anting-anting, cincin dan gelang.

Nilai aksesori jed itu amat mahal, tetapi ada juga yang berharga mampu milik diperbuat daripada jed yang kurang bernilai.

Sumber: BH

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Oh Lawa Tue, 12 Feb 2019

30 foto ini menunjukkan evolusi gaya rambut pelakon jelita Jennifer Aniston sejak 1990

Satu daripadanya digelar “The Rachel” sempena wataknya dalam siri televisyen Friends.

Featured Sun, 27 Jun 2021

Bantuan Lebih Komprehensif Kepada B40, M40 Dan T20 – Perdana Menteri

Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka akan […]

Oh Lawa Thu, 29 Mar 2018

24 Foto Evolusi Fesyen Britney Spears Dari 1997 Hingga Kini. Wow! 2007 Memang Daring

Tapi saban tahun, citarasa fesyen Britney mula berubah dari stail yang sweet dan comel (sesuai lah dengan gelarannya sebagai princess of pop), ke gaya yang lebih seksi dan daring.

Featured Thu, 18 Oct 2018
Featured Sun, 4 Sep 2022