Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 3, 2025 @ 9:12pm

Aliff Syukri ‘Tewaskan’ Khairul Aming, Cipta Rekod Jualan Terpantas RM1 Juta

Usahawan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berjaya mengatasi rekod jualan milik pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming, menerusi sesi penstriman langsung di TikTok Shop yang diadakan sebentar tadi.

Mencatat rekod baharu The Malaysia Book Of Records (MBOR) dalam masa hanya 2 minit 32 saat, Aliff mencatat kutipan jualan RM1 juta, sekaligus memecahkan rekod terdahulu milik Khairul Aming yang mengambil masa 3 minit 28 saat untuk mencapai jumlah yang sama menerusi produk Sambal Nyet.

Rekod baharu itu disahkan oleh Pegawai MBOR, Siti Nurhanim Mohd Noh, yang menyerahkan sijil rasmi kepada Aliff selepas sesi jualan yang berlangsung sebentar tadi.

Aliff sebelum ini menyatakan keinginannya untuk mencabar diri sendiri dalam usaha mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Records sebagai The Fastest RM1 Million Handbag Sales Value In A Livestream Sale 2025.

Pelantun lagu Bobo Di Mana itu mahu membuktikan bahawa jenama beg keluarannya, Anthon’s Leather dan AS Bag, bukan sekadar produk gaya hidup, tetapi juga pilihan rakyat Malaysia yang mementingkan kualiti dan nilai.

Dengan menawarkan Bag Samma Denim Edition serendah RM75 seunit, jualan itu mencetus fenomena dan membolehkan beliau mengatasi nama besar dalam dunia e-dagang tempatan.

Kejayaan ini sekali gus menjadikan Aliff Syukri sebagai pemegang rekod jualan produk paling pantas mencecah RM1 juta di Malaysia.

“Saya sangat bersyukur dan terharu dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata Aliff yang turut ditemani isteri, Datin Seri Nur Shahida, ketika sesi jualan tersebut.

Sebagai penghargaan, pembeli yang membuat pembelian dalam sesi itu berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk sebuah kereta, motosikal, pakej Umrah, percutian ke Sugeh Resort, barangan kemas dan perkakasan elektrik yang diagihkan kepada 1,000 pelanggan bertuah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Kisah Viral Thu, 1 Jan 2026

Serbuan 3.30 Pagi, Anak Dara Berkain Batik Ditahan Khalwat Dengan Duda Dalam Khemah

Mereka ditahan berkhalwat dalam khemah di ruang tamu sebuah rumah di Kluang ketika serbuan JAINJ jam 3.30 pagi.

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Fuh…Video Menteri Kutip Sampah Jadi Viral!

Pelbagai pihak turut memuji tindakan beliau dan menularkan gambar serta video berkenaan termasuk ketua jurulatih hoki wanita negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah

Hiburan Wed, 13 Dec 2017

Jodoh Tak Salah Alamat ‘buah tangan’ terbaru Akim

Telefilem terbaru arahan Raja Mukhriz bertajuk Jodoh Tak Salah Alamat adalah ‘buah tangan’ terbaru Akim yang akan mula bersiaran awal tahun 2018 nanti.

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Fathia Latiff Jadi Simbol Seks Netizen?

Mahu meraih publisiti semula ke? Sila baca artikel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya

Featured Fri, 24 Feb 2023
Trending Mon, 28 Dec 2020
error: Content is protected !!