Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 14, 2025 @ 4:11pm

‘Classy’ & Bijak, Hanis Zalikha Dipuji Contoh Ibu Muda Inspirasi Ramai

Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Hanis Zalikha sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dipuji sebagai wanita berkelas tersendiri dan contoh ibu muda yang bijak mendidik anak.

Menerusi satu ciapan di Threads, seorang pengguna meluahkan pandangan isteri kepada aktor Hairul Azreen itu berjaya menampilkan kandungan media sosial ‘smart parenting’ yang dipuji sahaja bermanfaat dan mempunyai nilai positif.

“Hanis Zalikha antara contoh ibu muda bijak dan ‘classy’ di media sosial yang mengeluarkan kandungan ‘smart parenting’ kepada pengikutnya.

“Walaupun kandungannya melibatkan anak sejak bayi, dia sangat berhati-hati memuat naik agar tiada perkara negatif yang boleh memberi impak kepada anak-anaknya,” tulis individu tersebut.

Menurutnya lagi, tindakan Hanis yang menapis setiap perkongsian menunjukkan kesedaran tinggi dalam melindungi anak daripada kemungkinan menerima kecaman melampau atau fitnah di ruang maya.

“Kita sebagai ibu bapa perlu terlebih dahulu berfikir untuk melindungi anak-anak daripada kecaman orang awam. Ibu bapa bijak, anak hebat,” katanya.

Hanis yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, sering menjadi rujukan netizen kerana sikapnya yang lemah lembut serta gaya hidup yang seimbang antara kerjaya, keluarga dan peribadi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Intan Najuwa, Suami Buat Solat Hajat Bersama Anak Tahfiz, Mohon Doa Keselamatan Aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

Intan Najuwa buat solat hajat mohon doa keselamatan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF)

Hiburan Sat, 4 Oct 2025

Ameera Khan Bersuara, Teguh Solidariti Untuk Palestin – “Diam Bukan Bererti Tidak Peduli”

Ameera Khan bersuara isu Palestin, solidariti terhadap Global Sumud Flotilla

Trending Fri, 25 Dec 2020
error: Content is protected !!