Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 18, 2025 @ 12:51pm

Digambarkan Seperti ‘Taufu’, Sophia Albarakbah Nafi Sifat Lembut Dibuat-Buat – “Saya Kena Reject Sebab…”

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah tampil menjelaskan sikap dan perwatakannya dipuji terlalu lembut itu bukanlah lakonan semata-mata, sebaliknya sifat semula jadi yang dimiliki sejak kecil.

Sophia atau pemilik nama sebenar, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman menjelaskan dia seorang yang sangat pendiam sejak zaman kanak-kanak sehingga tidak berani bersuara apabila berdepan orang tidak dikenali.

“Saya anak kedua daripada empat adik-beradik. Dari kecil, memang saya tak banyak bercakap. Kalau orang tanya nama, saya hanya diam.

“Saya memang intorvert dan cepat rasa takut bila berjumpa orang. Berbeza dengan kakak saya yang lebih tegas dan berani.

“Apabila semakin dewasa dan menceburi bidang seni, baru saya belajar untuk jadi seorang yang lebih terbuka. Takkan selamanya saya mahu kekal begitu (pendiam).

“Cuma, kalau berdepan dengan orang yang saya tak kenali, kadang kala perangai lama itu masih ada.

“Bukan sebab sombong, tapi saya memang pendiam. Kalau orang menegur, saya tetap akan membalas,” katanya.

Sophia berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama terbaharunya, Bukan Salahku bagi slot lestary TV3, baru-baru ini.

Dalam masa sama, aktres drama rantaian Keluar Itu ini turut mengimbau kembali kenangan ketika berada di bangku sekolah yang pernah ditolak daripada menjadi pengawas gara-gara sikap lembutnya itu.

Malah, kelembutan Sophia itu juga digambarkan seperti ‘taufu’.

“Masa sekolah, kakak saya seorang pengawas dan aktif dalam pelbagai aktiviti. Mommy pula mahu semua anak jadi pengawas juga, jadi nama saya turut dicalonkan. Tetapi, saya memang tak berminat.

“Selepas ditemuduga, cikgu beritahu kakak saya yang saya tak sesuai sebab terlalu lembut macam ‘taufu’, suara pun tak dengar, Akhirnya saya tidak terpilih,” katanya.

Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Bangkit Lawan Emosi, Terus Fokus Kerjaya Walau Dihentam Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Masa Dia Buat Rawatan Lutut Tu, Serangan Jantung Datang” – Ameng Perjelas Situasi A Aida

Mengulas lanjut, Ameng juga berkongsi terdapat darah beku di jantung dan paru-paru Aida.

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Trending Wed, 30 Oct 2019

Lagi wanita persis ‘Barbie’ ditemui, kali ini mek Kelate!

Penampilan Shafieka tarik perhatian warganet

Trending Wed, 22 May 2019
Trending Mon, 28 May 2018

Cayalah! ‘Spiderman’ Benar Wujud Di Kota Paris

Sementara itu, Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo dalam kenyataan di Twitter telah menghubungi dan memberi penghargaan kepada Mamoudou Gassama.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

‘Raya Ni Asyik Dapat Soalan Pasal Kahwin’- Azira Shafinaz Mula Stress?

Jodoh kan aturan Allah…sampai masa nanti kahwinlah dia. Ye tak?

error: Content is protected !!