Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 20, 2025 @ 3:53pm

Amir Hasan Susut 16 Kg, Disangka Ambil D*dah Gara-Gara Terlalu Kurus – “Tahap Oksigen Pernah Cecah 31%”

Penyanyi Amir Hasan mengakui berdepan masalah kesihatan serius hingga menyebabkan berat badannya menyusut sebanyak 16 kilogram (kg).

Menurut Amir, sejak tahun lalu dia mengalami gastrik dan penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD) yang agak teruk sehingga menjejaskan selera dan pola pemakanannya.

“Saya ada masalah gastrik dan GERD sejak tahun lalu. Kalau dulu boleh makan penuh satu pinggan, sekarang hanya sekitar 30 peratus sahaja. Saya tak boleh terlebih makan, kena ikut waktu dan makan dengan kerap,” katanya.

Perubahan drastik pada fizikal penyanyi lagu Gadis Yang Ku Tunggu itu turut menimbulkan salah faham, malah ibunya sendiri pernah menyangka dia mengambil bahan terlarang.

“Ada orang tak cam saya sebab terlalu kurus. Mak sampai marah dan risau, dia ingat saya ambil dadah. Saya terangkan pada dia, bukan sebab itu, tapi sebab kesihatan.

“Sebelum ini berat saya hampir 70 kg, sekarang tinggal sekitar 52 kg. Memang banyak susut, sampai semua baju jadi longgar,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran Restoran Pizzaiolo di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Namun, yang lebih membimbangkan, tahap oksigen Amir pernah jatuh sehingga 31 peratus akibat tabiat merokok dan penggunaan vape berlebihan, selain penyakit asma yang dihidapinya.

“Tiga bulan lalu saya masuk wad sebab oksigen tinggal 31 peratus sahaja. Doktor bekalkan ubat untuk kuatkan paru-paru. Alhamdulillah, sekarang bacaan dah naik ke 60 peratus, walaupun belum sepenuhnya pulih.

“Saya kena kawal stres dan elakkan kerja berlebihan. Malah, masalah pernafasan ini juga buat saya tak lagi aktif menyanyi kerana susah nak kawal nafas di atas pentas,” jelasnya.

Sekadar info, Restoran Pizzaiolo baru sahaja dibuka di Wangsa Maju, menawarkan pelbagai pilihan pizza sourdough seperti Wagyu, Marinara, Napoli 55 dan Garlic Moon, selain pastri serta pencuci mulut seperti Tiramisu.

Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 3 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Program TV Tue, 28 Jan 2025

Trending!!! Calpis Soda OIAM Catat 10.6 Bilion Capaian Digital & 8.5 Juta Tontonan Selama 6 Minggu Berturut-Turut!

Siapa sangka setelah sekian lama program One In A Million (OIAM) tak bersiaran, ianya kini kembali menjadi fenomena besar dalam industri penyiaran negara. Bayangkanlah, rancangan Calpis Soda OIAM menjadi bualan orang ramai di pelbagai platform media […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Selepas 6 Tahun Bercinta, Mikael Deaz Dedah Hubungan Dengan Ratu Cantik Dunia 2013.

“Saya tahu, pasti ramai yang akan terkejut apabila mengetahui usia hubungan cinta kami. Bukan sengaja merahsiakan tetapi saya kurang gemar berkongsi cerita peribadi,” kata Mikael Daez.

Featured Thu, 18 Aug 2022
Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“Nak Bergurau Ada Hadnya, Jangan Sampai Menyindir” – Ezzanie Jasny

Ezzanie Jasny beri pesanan pedas kepada netizen bergurau melampau tapi menyindir?

Featured Tue, 9 Jun 2026

“Pelajaran Terbesar Saya Adalah Tak Perlu Disukai Semua Orang” – Reen Rahim

Reen berkata, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya sentiasa dikelilingi insan ikhlas dan tidak hipokrit.

Trending Wed, 4 Nov 2020
Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Fri, 15 Jan 2021
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Bekas Gitaris Ekamatra Berdepan Hukuman Penjara

Sebelum ini pernah di hukum penjara akibat merompak seorang pembantu rumah kira-kira 6 tahun dulu di Ampang, Selangor.Tuduhan terbaru pula menyebabkan kematian seorang wanita ketika memecah masuk ke rumah mangsa Februari dulu.

error: Content is protected !!