Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 20, 2025 @ 6:28pm

Empty Page Kembali Dengan Single Terbaru ‘Menyesal’

Kumpulan pop rock alternatif Empty Page yang pernah mencuri perhatian dengan lagu Mata(hari), kembali menghangatkan tahun 2025 melalui single terbaru berjudul Menyesal.

Lagu ini ditulis oleh vokalis Zic dengan gubahan muzik oleh Zac, manakala Alip turut memberi sentuhan dalam proses rakaman bagi mengekalkan identiti bunyi Empty Page yang sering digambarkan sebagai “lagu sedih, tapi tak terlalu sedih.”

Single Menyesal mengangkat tema emosi yang lahir daripada sikap dan keputusan orang lain, sama ada pasangan, rakan mahupun keluarga. Liriknya menzahirkan rasa kecewa kerana terpaksa hidup dengan trauma yang bukan berpunca daripada pilihan sendiri. Dengan gabungan lirik introspektif Zic, melodi melankolik serta nuansa rock, lagu ini membawa aura nostalgia yang mudah melekat di hati pendengar.

Empty Page yang dianggotai Zic (penyanyi dan penulis lagu), Zac (gitaris dan penggubah muzik) serta Alip Pedul (dram) berjaya menghasilkan susunan muzik yang menyentuh emosi, namun tetap segar dan mudah dinyanyikan bersama.

Menurut Zic, Menyesal lahir daripada pengalamannya sendiri.

“Rasa kesal itu berat untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Kadang-kadang kita dipaksa menanggung beban pilihan orang lain. Mereka yang buat silap, tetapi kita pula yang menanggung akibatnya. Itu yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini,” jelasnya.

Selain pelancaran single, Empty Page turut bersedia menjayakan beberapa festival muzik terkemuka tahun ini. Antara pentas yang bakal menampilkan persembahan mereka termasuk Latihan Pesta Pora di Stadium Nasional Bukit Jalil, Hausboom Music Festival di MAEPS Serdang serta Aku Muzik Kamu Indie Festival di Litar Sepang. Lagu Menyesal bakal dipersembahkan secara langsung di acara-acara tersebut.

Mewakili kumpulan, Empty Page turut menitipkan pesanan buat pendengar.

“Lagu ini ditulis untuk mereka yang masih bergelut dengan trauma atau perasaan marah yang sukar dilepaskan. Kami berharap Menyesal dapat menjadi suara untuk apa yang tidak dapat diungkapkan. Terima kasih kepada semua peminat, Empty Fam, yang terus menyokong perjalanan muzik kami.”

Menyesal kini boleh didengarkan di semua platform digital termasuk Spotify dan Apple Music. Video muzik rasmi juga sudah dilancarkan di saluran YouTube Empty Page.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Wed, 29 Sep 2021

“Tak Cukup Tidur Terutama Nabil” – Dah Ada Lebih 42,000 Followers, Ayda Jebat Buka Akaun Instagram Anak Kerana…

Penyanyi Ayda Jebat menganggap pengalaman menjadi seorang ibu sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Ayda dan suaminya, pengacara Nabil Mahir menyambut kelahiran anak sulung mereka, Ana Nayla pada 21 September lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Cantiknya Mata Baby…” […]

Trending Wed, 21 Oct 2020
Hiburan Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Sun, 11 Jan 2026

Isu Lagu ‘Masuk Lagi’: Dr Afif Ridzwan ‘Backup’ Baby Shima, Pesan Jangan Cepat Hukum

Pempengaruh kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan tampil mempertahankan Baby Shima.

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

Anak Rahmad Mega Terima Ijazah Sarjana, Netizen Puji Kacak Macam Papa!

Pemenang program Terpaling Juara, Rahmad Mega menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan anak lelakinya, Suhazri Amrin yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Sains dan berjaya meraih ijazah sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP).   View […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

CSOIAM: Tersingkir Di Minggu Keempat, Alya Mardien Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Tersingkir di minggu keempat CSOIAM, Alya Mardien percaya dengan perancangan Tuhan.

error: Content is protected !!