Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 21, 2025 @ 8:21pm

Nabil Ahmad Dedah Pernah Dilabel ‘Anak Memalukan’ Keluarga – “Mula-Mula Mereka Bangga Tapi..”

Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad berkongsi antara dugaan yang pernah dilaluinya ketika terpalit dengan kontroversi sewaktu namanya semakin dikenali dalam industri.

Menerusi perkongsian bersama podcast ‘Kita-Kita Aja’ yang dihoskan oleh pengacara, Datuk Aznil Nawawi, Nabil atau nama lengkapnya Ahmad Nabil Ahmad, 41, berkongsi titik terendah itu.

“Mula-mula mereka bangga, saya ini anak yang dikenali selepas masuk pertandingan tapi bila keluar kontroversi ketika itu saya jadi ‘lost’,” katanya.

Jelasnya, yang lebih menyedihkan adalah dia terpaksa menyambut Aidilfitri seorang diri dek kerana keadaan bapanya yang begitu marah terhadap kontroversi yang berlaku ketika itu.

“Arwah abah saya telefon, dia kata ‘kalau kau berani kau balik..kau malukan aku’. Masa tu saya beraya seorang diri.

“Saya naik motosikal balik Seremban tapi saya tak dapat jumpa mereka,” jelasnya.

@kitakitaajepodcast “Kau anak yang memalukan!” Bayangkan, macam mana hati Nabil Ahmad masa tu? Pernah beraya sorang-sorang, naik motor balik kampung… tapi tak dapat jumpa keluarga sendiri. Perit, itulah realiti jadi artis. Berbaloi ke semua tu? Dengar sendiri pengakuan Nabil, eksklusif hanya di Kita Kita Aje Podcast. 📆 Khamis | 21 Ogos 2025 ⏰ 8:00 malam #KitaKitaAjePodcast #NabilAhmad #PodcastMalaysia #BoosterMinda #VitaminMinda ♬ original sound – Kita Kita Aje! Podcast

Sekadar info, bapa kepada Nabil iaitu Allahyarham Ahmad Haji Ismail dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada 7 Oktober 2022 akibat komplikasi jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Oct 2018
Hiburan Wed, 10 Dec 2025

“Tak Pernah Lupa Menyapa” – Caliph Buskers Puji Sikap Rendah Diri Mimi Fly

Caliph Buskers berkata Mimi tidak pernah melepaskan peluang untuk menyapa setiap kali bertembung

Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Sun, 23 Mar 2025

‘10 Malam Terakhir’ Singkap Keistimewaan Sepuluh Hari Terakhir Ramadan

Program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ini Rahsia Dato Siti Nurhaliza Susut Berat Badan!

Beliau juga gembira kerana berat badannya semakin berkurang selepas melahirkan anaknya.

Hiburan Fri, 28 Jun 2024
Featured Thu, 18 Jul 2019

Nama hidangan dalam menu restoran ini kelakar sungguh!

Anda tengoklah sendiri. Kreatif, kan?

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]

error: Content is protected !!