Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 28, 2025 @ 9:53pm

Komedi Seram Jadi Fenomena… Roslan Shah Tak Sangka Idea Mangobossku Kerjasama Dalam ‘Night Walk’ Raih Perhatian – “Dapat Banyak Tawaran, Orang Mula Serbu”

Pengacara dan pelakon terkenal Singapura, Roslan Shah tidak pernah menyangka program Night Walk hasil kerjasamanya dengan pempengaruh dan usahawan Mangobossku kini menjadi fenomena hingga menarik perhatian peminat di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Menurut Roslan, idea asal program tersebut datang daripada Mangobossku bersama sahabatnya, Ali, yang pada mulanya hanya dibuat secara suka-suka tanpa sebarang perancangan besar.

“Bila idea datang, Mangobossku usulkan untuk saya muncul dalam program Night Walk itu. Saya terkejut ia jadi fenomena, saya dan Mangobossku buat suka-suka sahaja. Kami bukan paranormal, tapi kami hanya berjalan di malam hari di sekitar Singapura.

“Kami bukan nak mencari hantu, apa yang muncul memang satu ‘bonus’. Ramai yang mula menonton program itu di saluran YouTube MBK Film Studio. Mungkin orang ramai terhibur dengan gelagat kelakar seram saya dan tetamu lain,” katanya.

Populariti program Night Walk melonjak apabila menampilkan barisan tetamu terkenal antaranya Nur Sajat, Ustaz Ebit Lew, Datuk Seri Vida, Datuk Adi Putra dan Azlee Senario.

Roslan sendiri mengakui tidak menyangka kandungan santai itu mampu menarik ratusan ribu tontonan di saluran YouTube MBK Film Studio.

“Sejujurnya, saya tak sangka ia jadi viral. Alhamdulillah sampai ke Malaysia dan Indonesia. Kemuncaknya apabila kami buat night walk dengan penyampai radio Era, Nabil, Azad dan Radin. Beratus ribu orang menonton ketika itu di saluran YouTube MBK Film Studio,” katanya lagi.

Fenomena tersebut sekali gus membuka pintu rezeki lebih luas buat Roslan apabila beliau menerima banyak tawaran seni termasuk nyanyian, persembahan pentas serta peluang berlakon.

“Insya-Allah, minggu hadapan saya bakal merakamkan single terbaharu berjudul Hantu Hantu Hantu dengan Adi Sixth Sense. Selain itu, saya mendapat banyak tawaran persembahan dan juga tawaran untuk berlakon.

“Ada juga banyak tawaran dari nama-nama besar di Malaysia dan Indonesia yang menyatakan minat mahu bekerjasama. Untuk program Night Walk pula, selepas ini kami akan melakukan program itu bersama nama besar seperti Fattah Amin dan Zizan Razak,” jelasnya.

Roslan menzahirkan rasa syukur kerana segala usaha yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil, apatah lagi selepas melalui pelbagai cabaran sebelum ini.

“Syukur rezeki Allah, selepas melalui pelbagai cabaran, mungkin tahun 2025 menjadi tahun saya. Saya sendiri tak sangka, kini kehadiran saya di acara menjadi tumpuan, peminat mula serbu saya. Tak sangka program ini dapat menaikkan nama saya. Apapun, saya berterima kasih kepada Mangobossku, rakan-rakan dan peminat yang selama ini memberi sokongan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Segak Sarung Jubah Konvokesyen, Aksi Spontan Nazim Othman Tiru Pempengaruh Viral Undang Dekah Peminat

Pelakon Nazim Othman tampil segak menyarung jubah konvokesyen sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya. Perkara itu telah dikongsikan oleh Nazim menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Nazim turut meniru aksi […]

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

Trending Wed, 27 Feb 2019

Lelaki ini kongsi teknik edit gambar untuk pasangan keluar dating tanpa “third-wheeler”

Perkongsian ini telah mendapat likes sebanyak 7.3k di laman  Twitter. Menurut lelaki ini dia menggunakan aplikasi photoshop untuk mengedit bersama teman wanitanya  Ambil gambar asing-asing tetapi boleh edit nampak macam gambar dating berdua. Fuyooo.

Featured Thu, 16 Mar 2023
Trending Fri, 29 Oct 2021

Meerqeen Akui Nadhir Nasar Pencabar Terdekat ABPBH 34

Pelakon baru yang sedang meningkat naik, Meerqeen, 20, bersyukur kerana kehadirannya dalam industri hiburan disedari oleh peminat. Tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34), pemilik nama sebenar […]

Hiburan Sat, 6 Jan 2024

Hasrat Terbantut Nak Sambut Hari Jadi Alyah, Tok Ram Diserang Vertigo

Allahu semoga Tok Ram cepat sembuh! Happy belated birthday Alyah

error: Content is protected !!