Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 6, 2024 @ 4:53pm

Hasrat Terbantut Nak Sambut Hari Jadi Alyah, Tok Ram Diserang Vertigo

Penyanyi Datin Alyah memaklumkan suaminya, Datuk Ramli MS dikejarkan ke Hospital Tan Tock Heng di Singapura sejurus tiba kerana diserang penyakit vertigo.

Menerusi hantarannya di Instagram, Alyah memberitahu Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berhasrat untuk menyambut hari jadinya di negara tersebut.

Menurut Alyah, Tok Ram mula mengadu mengalami pusing kepala semasa hendak mencari teksi di Larkin, Johor Bahru dan meminta dibawa ke hospital dengan segera.

“Tok Ram rancang nak balik Singapura 2 hari bulan malam sebab nak sambut birthday saya di sana. Kita merancang tapi Allah SWT menentukan.

“Tok Ram kena vertigo semasa nak cari teksi dan masa nak angkat-angkat beg, Tok Ram kata kepala dia berpusing dan dia tunggu kejap dalam kereta sementara saya nak masukkan semua barang dalam teksi.

“Once bila dah lepas Woodlands check point, Tok Ram kata tolong hantar dia ke hospital dan dimasukkan ke bahagian emergency,” ujarnya.

Pada keesokkan hari, Tok Ram membuat pemeriksaan kesihatan rapi kerana bimbang kerap mengalami vertigo sejak kebelakangan ini.

Menerusi hantaran sama, Alyah berkongsi gelagat Tok Ram yang tidur di restoran milik adiknya kerana mengantuk kesan makan ubat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Dalam pada itu, Alyah juga turut menzahirkan rasa terharu dan terima kasih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Nomah yang membantu mereka sehingga selesai urusan di hospital.

“Kak Nomah tolong saya dari Larkin taxi station sampailah hantar kami ke hospital. Dia tunggu lagi sampai Tok Ram selesai kat hospital then dia hantar balik ke rumah lagi. Sebak saya. Thank you so much Kak Nomah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022

“Saya Tiada Masalah, Dia Sememangnya…” – Melodi Ganti Pengacara, Nabila Huda Nafi Cemburukan Ain Edruce

“Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi” – Nabila Huda

Featured Fri, 23 Dec 2022
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Trending Sat, 11 May 2019

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Maut Digilis Treler

Bayi Guna ‘Walker’ Diluar Rumah Terlajak Hingga Ke Jalan Maut Digilis Treler

Featured Tue, 3 Mar 2026

Genap 7 Hari Pemergian Andre Mikhail, Amyza Aznan Luah Rasa Sebak – “Aku Ikhlas Tapi Aku Rindu”

Genap seminggu pemergian anakanda tercinta, pelakon, Amyza Aznan sekali lagi mencuri perhatian apabila meluahkan perasaan yang dipendam mengenai pemergian anak tercinta, Allahyarham Andre Mikhail.

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Wed, 29 Oct 2025
error: Content is protected !!