Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2025 @ 2:16pm

Filem Assalamualaikum Baitullah: Sarat Dengan Sajian Emosi Tentang Cinta, Kehilangan & Keikhlasan

Mendengar judul filem yang juga di adaptasi dari penulisan novel best seller Asma Nadia sahaja sudah membuatkan saya menghidu wujudnya perjalanan cinta, kekeluargaan, air mata, bahagia, luka dan duka serta semangat untuk bangkit yang digarap bersama unsur-unsur Islamik.

Filem Assalamualaikum Baitullah adalah sebuah filem yang bukan sahaja membawa kita kepada gelak ketawa, tetapi membuatkan hati hangat dengan fikiran yang lebih terbuka terutamanya tentang perasaan mengikhlaskan serta perjalanan spiritual.

Dengan durasi 102 minit, filem arahan Hadrah Daeng Ratu ini memperlihatkan lakonan mantap Amira (Michelle Ziudith) yang kelihatan sangat natural dengan ekspresi wajahnya yang tulus dan tangisannya yang seolah-olah membuatkan penonton merasakan beban yang dialaminya.

Paling tidak boleh dilupakan adalah dimana penonton bersorak puas seolah-olah meluahkan perasaan geram mereka apabila adegan Pram (Miqdad Addausy) kantoi menjalin hubungan sumbang semata-mata mahu keinginannya tercapai iaitu memiliki zuriat.

Disaat diperlakukan tidak adil, Amira nekad mencari kekuatan namun, diuji sekali lagi apabila dia mendapat tahu mengenai pemergian ibu tercinta.

Ketika ini, saya sudah sedikit ‘hancur’ mengenang orang-orang tercinta yang dianggap sebagai ‘rumah’ satu persatu pergi meninggalkan.

Bagaimanapun, nasihat bahawa sentiasa berbaik sangka dengan Allah turut dipaparkan dalam penceritaan yang lebih santai apabila Amira akhirnya dipertemukan dengan jejaka bernama Barra (Arbani Yasiz) yang hadir tepat pada waktunya dan mencintai diri Amira seadanya.

Watak Barra bagi saya tidak kurang hebatnya. Meskipun wataknya lebih ringan, tetapi karakternya yang cool, tenang, penyayang, ikhlas dan berani itu membuatkan setiap penonton percaya bahawa dia adalah susuk pemuda dambaan ramai.

Seperti filem adapatsi novel Asma Nadia yang lain, Assalamualaikum Baitullah sekali lagi membawa kita mengembara ke Kota Suci Makkah. Momen ini saya anggap sedikit sayu kerana ia seperti sebuah perjalanan batin yang penuh luka dan harapan.

Ketika adegan Amira mengingat kembali momen dimana ibunya memberitahu mahu ke Baitullah sambil melakukan tawaf benar-benar membuatkan saya sebagai penonton gagal menahan perasaan apabila susuk arwah ibunya itu hadir dan memeluknya erat. Seolah-olah Allah mahu Amira diberikan kekuatan dengan cara merasakan peluk hangat dari apa yang pernah dipanggilnya ‘rumah’.

Bahkan, suasana di dalam dewan menjadi senyap tatkala lagu ‘Jalan Cinta’ nyanyian Nabila Intan mengiringi adegan berkenaan.

Sekali gus membawa penonton bersama-sama larut dengan emosi masing-masing apabila lagu ini menjadi ubat bagi hati yang terluka untuk kembali percaya.

@naz2028 bangus bangett filmnya GK nyesel dh pokoknya nonton film ini, banyakkkk bangett ilmu,pelajaran yg bisa diambil dri film ini😍 GK kuat nontonnya😭😭😭 #assalamualaikumbaitullah #arbaniyasiz #micellezuidith #tisabiani ♬ suara asli – Mamanya Zara✨

Dari segi pemilihan runut bunyi, filem ini wajar dipuji. Susunan lagu yang mengiringi setiap babak berjaya membawa penonton hanyut dalam emosi, dari awal penceritaan sehingga penutup. Antara lagu yang meninggalkan kesan mendalam termasuklah, ‘Wahai Tuan’ (Tiara Effendy), ‘Kau Rumahku’, ‘Benih’ (Raissa Anggiani) dan ‘Melangitkanmu’ (Ghea Indrawani).

Justeru, sebagai penonton dan penggemar karya filem Indonesia, Assalamualaikum Baitullah bukan sekadar filem, tetapi sebuah sajian emosional tentang keikhlasan, keteguhan, dan cahaya setelah kegelapan yang disampaikan dengan penuh makna tanpa perlu banyak bicara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Sep 2019
Hiburan Sat, 20 Oct 2018
Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Fizo Omar, Mawar Karim Akhirnya Sepakat Tutup Restoran FizoMawar Kitchen Selepas Berpisah

Umum tahu kisah penceraian antara pelakon Fizo Omar dan isterinya, usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim pertengahan tahun ini selepas enam tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak, Wan Maryam berusia dua tahun.  Baca: Fizo Omar, Mawar […]

Featured Mon, 16 Jun 2025

“Fokus Saya Bukan Dalam Industri Lagi, Fokus Saya Untuk Dapatkan Zuriat” – Janna Nick

Janna Nick mengakui dia kini tidak lagi memberikan fokus kepada karier seninya melainkan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Events Fri, 7 Mar 2025
error: Content is protected !!