Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin August 17, 2025 @ 9:30am

Kali Terakhir Sertai KLFW 2025, Arunsayfulldesiree Persembahkan Koleksi Paling Berani

Jenama adi busana tempatan, Arunsayfulldesiree (ASD), kembali ke pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 buat kali terakhir dengan mempersembahkan koleksi penuh emosi berjudul Amazon.

Selepas mencipta pelbagai detik bermakna dalam dunia fesyen, duo pereka ini memilih untuk mengabadikan perpisahan mereka dengan koleksi yang sarat simbolik tentang kekuatan wanita, keindahan alam, dan keteguhan identiti.

Sebanyak 36 rekaan eksklusif dipersembahkan, setiap satunya membawakan naratif tersendiri yang menggambarkan keberanian dan jiwa. Tema Amazon diangkat bukan hanya sebagai penghormatan kepada flora dan fauna, malah dijadikan metafora kepada semangat wanita moden.

“Setiap helaian dalam koleksi ini membawa suara wanita, lembut tapi gagah, sensitif tapi berani. Ia bukan sekadar rekaan, ia adalah naratif yang dijahit dari hati,” kata dua pereka muda di sebalik jenama tersebut.

Eksperimen Tekstil dan Motif Alam

Koleksi Amazon dipenuhi dengan gabungan motif flora eksotik dan fauna, diterjemahkan melalui teknik manipulasi pola, tekstur 3D, dan lapisan dramatik yang membentuk siluet berani.

Antara rekaan utama ialah gaun finale berkonsep pengantin Amazon, yang menyatukan kekuatan dan keanggunan dalam satu ciptaan megah, menjadikan pentas bukan sekadar ruang peragaan tetapi medan ekspresi penuh makna.

Material seperti sutera, satin silk dan crèpe silk digunakan bagi menangkap cahaya dengan indah, manakala sulaman tangan bercirikan flora dan fauna menambah nilai eksklusif pada setiap helaian.

Penampilan Terakhir di KLFW

KLFW 2025 menjadi pentas terakhir ASD dalam acara itu.

“KLFW adalah platform yang luar biasa untuk kami berkembang. Namun, kami percaya sudah tiba masa untuk melangkah ke pentas lebih besar dan membawa jenama ini ke luar negara,” ujar mereka yang kini memberi tumpuan pada koleksi bridal dan couture untuk pasaran Asia Tenggara serta Timur Tengah.

Projek ini turut melibatkan kerjasama bersama jurugaya, jurugambar fesyen dan artis visual, menjadikan koleksi bukan sahaja indah dipandang, tetapi juga sarat emosi.

“Kami mahu penonton rasa kagum dan bangga, kagum pada kehalusan rekaan dan bangga pada keberanian yang diwakili oleh setiap helaian,” tambah mereka lagi.

Tentang Arunsayfulldesiree

Diasaskan oleh dua pereka muda, Arun Mateen dan Saiful Izham, ASD dikenali dengan koleksi yang membawa naratif kuat, identiti artistik serta kerjatangan mewah. DNA rekaan mereka sering berpaksikan alam semula jadi dan ekspresi tulen, tanpa terikat pada trend semasa.

Walaupun menutup lembaran di KLFW, semangat dan jiwa Arunsayfulldesiree akan terus hidup dalam setiap koleksi baharu, mengalir dari pentas ke pasaran, dan terus berakar di hati penggemar fesyen tanah air.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 3 Feb 2025
Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

FESYEN Sat, 14 Jul 2018

Tips Gayakan Fesyen Untuk Anda Betis Besar

Betis besar atau bahasa pasarnya “drumstick” boleh kelihatan tampil yakin jika anda cuba tips yang dikongsikan . Selamat mencuba

FESYEN Wed, 5 Sep 2018

Cara Merawat Kuku Agar Sihat & Cantik

Kuku dan jari adalah antara anggota yang penting dimana bila tidak dirawat dan dijaga dengan baik terutama kuku, nak tahu lebih jom baca

FESYEN Mon, 16 Feb 2026

Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu

Suasana persiapan Raya mula terasa hangat.

FESYEN Thu, 23 Aug 2018

Petua Sarung Kasut Baru

Gigit Kasut Dulu Sebelum Guna- ini adalah di antara petua orang lama yang dikongsikan dan masih ada yang pratikkannya. Relevan ke lagi atau apa kata cuba tips moden pula?

FESYEN Thu, 11 Apr 2019
FESYEN Fri, 29 May 2026

Gaya Pantai, Seni Visual & Inspirasi Budaya Borneo Bergabung Dalam Koleksi Baharu Rip Curl

Dalam dunia fesyen dan gaya hidup hari ini, elemen seni semakin memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah koleksi, terutama apabila ia digabungkan dengan cerita budaya dan ekspresi komuniti tempatan. Pendekatan itu dapat dilihat menerusi […]

error: Content is protected !!