Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 2, 2025 @ 6:36pm

Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?

Tiada angin, tiada ribut, isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu.

Memetik laporan mStar, pasangan terbabit mempunyai prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Selasa.

Dan, difahamkan sebutan kes dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang tadi.

Meskipun, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pergolakan rumah tangganya namun,  berdasarkan pemerhatian XTRA di ruangan akaun Instagram miliknya mendapati, gambar bersama Syazwani yang pernah dikongsikan sejak beberapa tahun lalu telah dipadam.

Sekadar info, Fisal dan Nur Syazwani mendiriakn rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan hasil perkahwinan pasangan itu  dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.

Terdahulu Faisal Halim dilaporkan disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu sebelum menerima rawatan di hospital selama hampir 3 minggu.

Pada 8 Mei lalu, peguam kepada Faisal Halim mengesahkan kes serangan asid membabitkan pemair itu diklasifikasikan sebagai NFA oleh AGC.

 

Sumber: mStar, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Sep 2021
Trending Tue, 2 Aug 2022

“Proses Pemulihan Sangat Sukar” – Mata Kiri Ben Amir Hampir Buta

Ben Amir hampir buta selepas menimpa kemalangan.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Giliran Amani, Que Haidar ‘Sekolahkan’ Produser Terkenal

Itu lebih penting. Kalau tidak berdedikasi, pelakon itu mungkin hanya akan bertahan selama beberapa bulan dan kemudian, hilang!

Eat Travel Tue, 23 Oct 2018

Negara-Negara Mana Yang Paling Selamat & Tak Selamat Untuk Dilawati Di Dunia? Ini Jawapannya

Sebelum melancong, anda perlu menitikberatkan tahap keselamatan anda nanti.

Events Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

error: Content is protected !!