Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 8, 2025 @ 4:29pm

[VIDEO] Spekulasi Terjawab, Fattah Amin Umum Majlis Ijab Kabul Bersama Amira Othman Ahad Ini! – “Selepas ini Kami Rakan Serumah”

Desas-desus mengenai pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman bakal berkahwin akhirnya terjawab, selepas aktor itu secara terbuka telah memaklumkan majlis ijab kabul mereka bakal berlangsung, Ahad ini.

Fattah atau pemilik nama penuh, Abdul Fattah Abdul Amin, 35, tampil segak bergaya membuat kejutan dengan berkongsi berita gembira itu di penghujung nyanyian secara langsung lagu baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

“Mesti ramai yang pelik saya ada di majlis pelancaran Rasa & Takdir. Sebenarnya hari ini saya dan Amira, ada berita baik untuk diumumkan yang nak kongsi dengan semua.

“Seperti semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan selepas beberapa lama berkenalan, kami insyaAllah ingin bertukar status dari rakan sekerja kepada rakan serumah,” katanya.

Pada acara tersebut, Irfan menyerahkan sebuah kunci sebagai satu simbolik seolah-olah ‘merestui’ hubungan dan ‘menyerahkan’ kakaknya kepada Fattah.

Amira atau nama lengkapnya, Nadia Amira Othman, 32, yang manis jelita dalam busana berona ungu lembut itu turut kelihatan tenang mengiyakan perkara tersebut.

Dalam majlis sama, Amira berkata keperibadian Fattah seorang lelaki yang sangat baik membuatkan hatinya terpaut kepada bapa anak satu itu.

Manakala Fattah pula menyifatkan Amira sebagai seorang wanita yang penuh adab, sopan santun dan baik.

Majlis sidang media Rasa & Takdir ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga pelantun lagu Dalam Sujudmu ini.

Difahamkan, majlis ijab kabul pasangan sejoli ini akan bersiaran secara langsung pada 14 September 2025, Ahad ini menerusi penstriman online.

Sekadar info, Fattah dan Amira sebelum ini pernah menafikan dakwaan wujud hubungan istimewa antara mereka dek kerana sering tampil bersama di acara-acara besar selain sering mengenakan pakaian sedondon atas alasan urusan kerja.

Terdahulu, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti, Nur Fazura, namun selepas tujuh tahun berkahwin mereka sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 5 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Nov 2018
Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Sat, 19 Jul 2025

[VIDEO] Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000, Agensi Umrah & Haji Didakwa ‘Lesap’

Aaron Aziz gesa syarikat selesaikan hutang, bakal lantik peguam

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Trending Wed, 5 Aug 2020
Featured Tue, 6 Apr 2021

“Setelah Digantung Tanpa Bertali, Akhirnya Saya Bercerai” – Nadia Brian

Perkahwinan pelakon, Nadia Brian 31 tahun dan suaminya Muizz Nasruddin berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu. Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerusi Instagram memberi kenyataan mengenai penceraian […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Fathia Latiff Jadi Simbol Seks Netizen?

Mahu meraih publisiti semula ke? Sila baca artikel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya

error: Content is protected !!