Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 10, 2025 @ 1:07pm

“Saya Yakin Amira Othman Akan Jadi Mak Tiri Yang Sangat Baik” – Pengurus Fattah Amin

Pengurus kepada pelakon popular, Fattah Amin iaitu Sakirin Aca meluahkan keyakinan terhadap penyanyi, Amira Othman mampu memainkan peranan sebagai ibu tiri yang terbaik buat puteri kesayangan aktor itu, Nur Fatima Aisya.

Menerusi sebuah video dokumentari kisah cinta Fattah dan Amira yang dimuat naik di TikTok, Aca dilihat sebak menahan air mata sambil menitipkan pesanan penuh makna buat pasangan tersebut.

“Insya-Allah, suatu hari nanti you akan dikurniakan anak sendiri. Tapi jangan lupa juga Fatima. Saya yakin Amira akan menjadi seorang mak tiri yang sangat baik. Fattah pula memang seorang bapa yang penyayang,” ujarnya.

Dalam nada penuh harapan, Aca turut mendoakan agar ikatan perkahwinan pasangan sejoli itu berkekalan hingga ke syurga.

“Saya harap hubungan kamu berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat dan akhirnya dipertemukan semula di dalam syurga,” katanya lagi.

@lovefattmira

Each time I see your video, tears fall, @Sakirin Shak. You’ve walked with him through the years, knowing every single detail of his world. The way you laugh together, the way you understand him without words, it shows a bond that can’t be replaced #fattmira #fattahamin #amiraothman #aca #setulustakdirfattahamira

♬ Teman Sejati – Brothers

Pada Isnin, industri hiburan digemparkan dengan pendedahan Fattah yang secara terbuka memaklumkan majlis ijab dan kabulnya bersama pilihan hati, penyanyi Amira Othman bakal berlangsung pada 14 September 2025, Ahad ini.

Setelah sekian lama berteki-teki dengan hubungan mereka, aktor filem terkenal Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini mengakui bersedia untuk menukar status mereka daripada ‘rakan sekerja’ kepada ‘rakan serumah’.

Majlis ijab dan kabul pasangan sejoli itu akan disiarkan secara langsung menerusi aplikasi Unifi TV secara percuma, malah sebanyak 10 episod menceritakan persiapan mereka menjelang hari bahagia juga bakal dipaparkan kepada tontonan umum.

Sekadar info, Fattah dan Amira sebelum ini pernah menafikan dakwaan wujud hubungan istimewa antara mereka dek kerana sering tampil bersama di acara-acara besar selain sering mengenakan pakaian sedondon atas alasan urusan kerja.

Terdahulu, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama selebriti, Nur Fazura, namun selepas tujuh tahun berkahwin mereka sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 5 tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Spekulasi Terjawab, Fattah Amin Umum Majlis Ijab Kabul Bersama Amira Othman Ahad Ini! – “Selepas ini Kami Rakan Serumah”

Artikel Berkaitan: Romantis, Bersejarah & Eksklusif… Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman Diabadikan Dalam 10 Bahagian Istimewa

Artikel Berkaitan: “Semua Ini Asbab Dari Doa Kalian” – Bersedia Jadi Isteri Fattah Amin, Amira Othman Tawakkal Kepada Allah

Artikel Berkaitan: “Semua Kerja Allah, Orang Baik Untuk Pasangan Yang Baik” – Irfan Haris Luah Rasa Gembira, Puji Fattah Amin Lelaki Terbaik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Chibbu kucing kakak Sophia Albarakbah ke pentas akhir Cat Fashion Week

Events Wed, 20 Mar 2019
Featured Thu, 23 Apr 2020

Tiada solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid mahupun surau

Umat Islam perlu bantu putuskan rantaian COVId-19

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Zee Avi Kembali Menetap Di KL

Alhamdulillah, someone is back for good!

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Hiburan Sun, 12 Jan 2025

Sitizone Meriahkan Ulang Tahun Siti Nurhaliza Di Segi 3 Emas Bukit Bintang

Peminat raikan birthday Siti Nurhaliza dengan papan iklan di Bukit Bintang.

Featured Fri, 30 Sep 2022

“Jangan Berlagak Pandai, Kadang Lu Borak Kosong!” – Joe Flizzow Tempelak Siapa Tu?

Fuhhh, garang Mr. President kita niii 🥵🥵 Marah siapa tu Joe?

error: Content is protected !!