Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 10, 2025 @ 4:33pm

“Sehina Dia Di Mata Puan, Aslam Tak Pernah Aibkan Marissa Dania” – Netizen Nasihat Abby Abadi

Tindakan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang kerap meluahkan rasa tidak puas hati terhadap menantunya, Aslam, di media sosial menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Luahan itu dipercayai tercetus selepas Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, tidak sanggup melihat anaknya, Marissa Dania, terus dihina serta dikecam kerana memilih untuk bergelar isteri kedua kepada Aslam.

Meskipun ada yang memahami perasaan Abby sebagai seorang ibu, ramai juga menasihatinya agar tidak membuka aib menantu secara terbuka.

“Sehina-hina dia di mata puan, dia tak pernah aibkan anak puan atau puan di media sosial. Aslam itu pun ada mak, ayah, isteri dan anak-anak,” tulis seorang pengguna.

Tidak kurang juga yang menegur supaya penyanyi kumpulan Elite itu untuk memberi ruang kepada Marissa menguruskan rumah tangganya sendiri tanpa perlu campur tangan hingga menjejaskan hubungan dengan suami.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa dilaporkan melangsungkan pernikahan di Songkla, Thailand pada 2023 selepas mereka berdua didakwa melarikan diri ke negara berkenaan.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Tak Berminat Cakap Pasal Orang Lain, Beri Perhatian ‘Selamatkan’ Marissa – “Cukuplah Dengan Makian Mereka Yang Terpaling Sempurna”

Artikel Berkaitan: “Dia Nak Keluar Tapi Perlu Masa” – Abby Abadi Dedah Keadaan Marissa Dania, Mahu Diselamatkan Daripada Hubungan Toksik

Artikel Berkaitan: “Malulah Hidup Atas Duit Perempuan”- Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Abby Abadi Perli Siapa?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Mon, 13 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: Debaran Makin Memuncak! Siapa Bakal Rebut Tempat Dalam TOP 5?

Kini, hanya lima peserta terbaik bakal mara ke pusingan akhir XTRA XSTAR 2025.

Filem Mon, 8 Jun 2026

“Orang Nampak Anak Seni Ini Glamor, Tapi…” – Scha Alyahya

Kadang-kadang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga terkena tempias daripada persepsi atau pandangan orang ramai. – Scha Alyahya.

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Thu, 30 Sep 2021

[VIDEO] Luluh Hati… Video Lelaki Lihat Isterinya Ditahan Berkhalwat Dengan Suami Orang Viral Di TikTok!

Semenjak beberapa hari lalu, video yang didakwa melibatkan tangkapan kes khalwat wanita berstatus isteri orang dengan seorang lelaki tular di laman sosial terutamanya di TikTok. Difahamkan, video terbabit mendakwa seorang suami yang pulang untuk mengambil […]

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] Kecewa Dengan Respons Bekas Suami, Fatin Afeefa Luah Rasa Kesal – “Apa Salah Arrian? Dia Selalu Doakan Lepas Solat..”

Anak soleh Arrian ni 🥺 Moga semua yang terbaik saja buat anak-anak Fatin Afeefa ❤️

error: Content is protected !!