Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 13, 2025 @ 12:22pm

10 Pesanan ‘Power’ Sharifah Sakinah Buat Auddra – “Jangan Baca Komen, Pujian Pun Boleh Jadi Racun”

Pelakon, Sharifah Sakinah menitipkan ucapan penuh makna sempena ulang tahun kelahiran anak saudaranya, Auddra pada 9 September lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Sakinah menulis 10 pesanan buat anak kepada kakaknya, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, sebagai panduan meniti perjalanan dalam dunia seni.

“Welcome on board! Perjalanan awak dalam hiburan masih panjang. Dunia hiburan ini menyeronokkan kalau datang dari hati. Ingat, segalanya akan hebat kalau awak sendiri hebat,” tulisnya.

Antara pesanan yang mencuri tumpuan adalah menasihatkan Auddra supaya tidak membaca komen di media sosial kerana ‘pujian pun boleh jadi racun’, selain mengingatkan supaya tidak mencari perhatian apabila berdepan masalah kesihatan mental atau fizikal.

“Doa keluarga adalah yang terbaik. Sentiasa rendah diri, kaki berpijak di bumi, kepala di awan. Jadi diri sendiri kerana keaslian itu abadi. Jangan ubah rupa fizikal, sebaliknya jaga dengan cara sihat melalui doktor, pakar nutrisi atau jurulatih,” katanya lagi.

Sakinah turut berpesan agar Auddra menjaga disiplin, konsisten, fokus dan bekerja dengan ikhlas supaya tidak mudah terpesong dengan cabaran industri hiburan.

Ucapan penuh kasih itu menerima pelbagai reaksi peminat yang memuji hubungan akrab dua beranak saudara ini selain kagum dengan sisi matang Sakinah yang jarang dilihat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Sun, 5 Jan 2025
Featured Thu, 15 Sep 2022

“Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Datuk Rosyam Nor minta netizen untuk pandang isu tersebut dari sudut positif

Featured Wed, 19 Nov 2025
Hiburan Fri, 24 Nov 2023

Muncul Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Nur Fazura Struggle Nak Hafal Dialog – “Satu Page Pun Lembab”

Min serius tak sabar nak tengok Fazura berlakon drama ni mesti gempak!

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Here’s a Full List of Every Dating Scandal G-Dragon Has Ever Had

There are quite a few ladies on this list.

error: Content is protected !!