Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 28, 2023 @ 2:30pm

[VIDEO] Sunting Video Khas Sempena Birthday Sharifah Rose, Ezzrin Loy Dipuji Romantik Persis Aedy Ashraf – “Sweet Sangat Ni!”

Pelakon Ezzrin Loy yang sebelum ini pernah didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose kembali mencuri tumpuan.

Ia selepas Ezzrin berkongsi sepotong video pendek yang disunting khas buat aktres itu sempena hari ulang tahun kelahirannya yang disambut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan Sharifah Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina, 25, bersama Ezzrin di sebuah kedai buku terkenal yang terletak di Rex, Kuala Lumpur sebelum kedua-keduanya menikmati hidangan di sebuah restoran retro pizza.

“Can i Call you rose?Happy birthday to this special person who has the sweetest soul (beserta emoji bunga ros),” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet membanjiri ruangan balas berkenaan dengan ucapan selamat hari jadi buat aktres itu yang disambut pada 26 November lalu.

Malah, ramai yang mendoakan agar pasangan ini berjodoh.

“Happy birthday Rose!

“Macam Aedy dan Amelia Henderson la.

“Screams! Hope they get married.

“Comel, tolong jaga Rose untuk kami semua.

“Kasi jadilah abang Ezzrin. Sweet sangat ni!,” komen netizen.

Sebelum ini, Ezzrin tidak mahu cerita cinta mengenai mereka ditularkan selepas video keluar berdua viral di platform TikTok.

Malah, dia juga menjelaskan bahawa dia dan Sharifah Rose hanyalah sekadar teman rapat kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN:”Tak Perlu Pun, Itu Privasi!”- Dakwaan Jalin Hubungan Cinta, Ezzrin Loy Tak Selesa Video Dengan Sharifah Rose Ditularkan

ARTIKEL BERKAITAN:Sharifah Rose Sakat Ezzrin Loy Sambil Buat TikTok, Peminat Berseloroh – “Yang Ni Approve! Muka Nak Dekat Sama”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kongsi Video Camping, Netizen ‘Restu’ Hubungan Sharifah Rose & Ezzrin Loy – “Faham Lah Maksud Matching Hoodie Tu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 10 May 2020
Hiburan Mon, 21 Oct 2024
Trending Sat, 1 Aug 2020
Featured Fri, 8 Apr 2022

Gara-Gara Cuai Jalankan Proses Berkhatan, Pemuda Ini Dibayar Ganti Rugi RM3.1 Juta

Plaintif kini alami masalah pendiam & tak suka berkawan

Hiburan Mon, 29 Sep 2025
Sponsored Tue, 15 Aug 2023

Kenapa HONOR 90 Patut Jadi Pilihan Para Content Creator? Ini Sebabnya.

Bila bercerita tentang TikTok, semua mesti tahulah. Sekarang TikTok dah berjaya muncul sebagai antara platform media sosial dengan jumlah pengguna aktif tertinggi di dunia. Oleh itu, ramai mula mencari telefon pintar dengan kualiti kamera hadapan […]

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

汪明荃忙碌停不下来!1027云顶开唱

「阿姐」Liza汪明荃将于10月27日(星期六)在云顶云星剧场开唱!老公罗家英将任演唱会特别嘉宾,势必为歌迷带来耳目一新的精彩演出。

error: Content is protected !!