Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 30, 2025 @ 10:53pm

Harga Tiket Diturunkan, Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap ‘On’ Pada 1 November Hadapan

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip disahkan tetap berlangsung pada 1 November ini di Megastar Arena, Kuala Lumpur, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan pembatalan.

Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menjelaskan, kekeliruan timbul apabila platform jualan tiket ditutup selama hampir tiga minggu.

Kata Sufi, penutupan itu bukan kerana konsert dibatalkan, sebaliknya pihaknya sedang dalam proses menurunkan harga tiket.

“Inisiatif ini sebenarnya datang daripada Hafiz sendiri yang prihatin terhadap peminat dari Sabah, Sarawak dan Singapura yang perlu menanggung kos perjalanan serta penginapan.

“Kami mahu konsert ini dapat dihadiri lebih ramai orang tanpa membebankan mereka,” katanya pada sidang media khas di St Giles Boulevard, Mid Valley, sebentar tadi.

Menurut Sufi, sehingga kini lebih 1,400 pembeli awal telah menerima pulangan semula separuh daripada harga asal tiket mereka.

Pembeli seterusnya pula hanya perlu membayar harga baharu yang lebih rendah, manakala bayaran kepada Hafiz kekal seperti perjanjian.

Hafiz pula menegaskan keputusan itu dibuat selepas berbincang bersama penganjur kerana mahu mendahulukan peminat.

“Saya tahu ada peminat datang dari jauh, ada yang tanya mengenai kos penginapan dan pengangkutan.

“Sebab itu saya berbincang dengan pihak SAH Entertainment untuk mencari jalan, antaranya dengan menurunkan harga tiket. Saya amat menghargai sokongan penaja yang sudi bersama kami,” katanya.

Pelantun lagu Noktah Cinta itu turut mengakui keputusan tersebut dibuat selepas berbincang secara teliti dengan penganjur.

“Sudah tentu saya fikirkan kesannya kepada pihak penganjur, tetapi selepas dibincang dengan mendalam, kami sepakat untuk melaksanakan keputusan ini demi peminat,” jelasnya.

Sebelum ini, kekeliruan tercetus apabila ada peminat gagal membeli tiket secara dalam talian dan sebahagian bayaran mereka dipulangkan.

Menerusi pengumuman terbaharu, harga tiket yang asalnya RM788 diturunkan kepada RM588, RM588 kepada RM358, RM488 kepada RM288, RM388 kepada RM228, RM288 kepada RM188 dan RM188 kepada RM148.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 9 Aug 2024
Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

GFriend Stole Malaysian’s Heart With Their “Go Go Gfriend!” First Tour

More than 4,300 BUDDYs attended the GFRIEND concert!

Trending Mon, 8 Jul 2019

Gara-gara Telefon Bimbit, Adik Sanggup Kelar Dan Sumbat Abang Kandung Dalam Beg Plastik

Dimanakah silapnya? Adakah silap datangnya dari ibu bapa atau, pengaruh sekeliling?

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Derita Sakit Dalam Perut, Rupanya Tia Jinbara Hidap Barah Hati

“Saya mahu teruskan hidup” – Tia Jinbara

Trending Fri, 15 Jan 2021
Featured Tue, 23 Aug 2022

Balik Kampung ‘Boyfriend’ Di Amerika Syarikat, Mimi Fly Dapat Jolokan Rihanna Malaysia

Betul sebijik Rihanna baju color orange tu kan? 🔥🔥🔥

error: Content is protected !!