Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 7, 2025 @ 11:34am

Abby Abadi Pertahan Tindakan Wanita Terjah Majlis Nikah Bekas Suami Demi Nafkah Anak – “Kalau Abaikan Kau Memang Gagal!”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil menyuarakan sokongan terhadap tindakan seorang wanita yang dikatakan hadir ke majlis pernikahan bekas suaminya semata-mata untuk mendapatkan tandatangan bagi urusan nafkah anak.

Menerusi hantaran di platform Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, tindakan itu wajar dilakukan selepas bekas suami berkenaan dikatakan berulang kali gagal hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan isu nafkah.

“Bekas isteri pergi terjah majlis nikah bekas suami dia untuk minta tandatangan surat nafkah sebab lima kali tak hadir mahkamah, tu saya memang sokong sangat-sangat tindakan dia.

“Tak terjah, tak jalan. Itu pun bila masuk mahkamah belum tentu tahu berapa tahun nak selesai,” katanya.

Tambah Abby, isu nafkah tidak sepatutnya dipandang ringan kerana ia melibatkan tanggungjawab terhadap anak-anak selepas perceraian.

“Penat berdepan dengan manusia yang macam tak ada perasaan. Lagi teruk bila dah bercerai, lupa anak terus.

“Ya Allah, macam mana nak jawab depan Allah nanti, senang hati abaikan tanggungjawab macam tu saja,” katanya lagi.

Abby turut menegaskan, sikap sambil lewa dalam memberi nafkah menggambarkan kegagalan seseorang menunaikan amanah sebagai bapa.

“Maaf termasuk campur, tapi pusing kiri ke kanan ke, bab nafkah ni kalau kau abaikan, kau memang gagal,” tegasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Trending Mon, 15 Mar 2021

Juri Dedah Punca Kemenangan Lagu Gila & Pemilik Vokal Terbaik Ernie Zakri

Gila memang bawakan kelainan, tampil lebih fresh

Trending Mon, 24 Sep 2018
Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

Kisah Viral Tue, 18 Jun 2024

Mahu Bernikah & Berpoligami, Hampir 30 Pasangan Malaysia Ke Selatan Thailand Setiap Bulan 

Sanggup datang dari jauh semata nak bernikah dan berpoligami di Thailand

Featured Mon, 13 Apr 2020
Featured Wed, 1 Apr 2026

Komen Emoji Hati Terhadap Aktres Indonesia Jadi Bualan, Remy Ishak Komen: “Isteri Saya Tahu Semua”

Pelakon Datuk Remy Ishak tampil menjelaskan tindakannya meninggalkan emoji mata berbentuk hati pada hantaran aktres Indonesia, Aghniny Haque yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Trending Fri, 26 Oct 2018

IKEA庆祝75周年缔造更美好的日常家居

IKEA配合庆祝成立75周年纪念,推出了GRATULERA系列,把三个不同时期最受欢迎的产品重新介绍给大众。

Hiburan Wed, 29 May 2024
error: Content is protected !!