Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin October 8, 2025 @ 12:07pm

“Mereka Rampas Coklat, Allah Hantar Ikan”- Haroqs Sebak Doa Termakbul, Gembira Lihat Penduduk Gaza Dikurniakan Makanan

Sukarelawan termuda yang menyertai misi kemanusiaan Palestin, Haroqs meluahkan rasa sebak dan gembiranya sebaik sahaja dilepaskan dari penjara pihak Isr**l.

Kata Haroqs atau nama lengkapnya, Muhammad Hareez Adzrami, 25, dia bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan apabila penduduk Gaza dikurniakan dengan ikan yang banyak sebagai sumber makanan mereka.

“Sejujurnya saya menangis bila kali pertama lihat video mereka setelah dibebaskan dari penjara dan di situ saya sedih dan gembira kerana Allah mendengar doa kita semua.

“Memintalah kepada-Nya kerana Allah SWT itu Maha Pemberi,” katanya.

Menerusi perkongsian video pendek di Instagram, Haroqs menegaskan, pihak penceroboh boleh merampas apa sahaja milik manusia, namun mereka sama sekali tidak mampu mengambil atau mengubah ketentuan Allah SWT.

“Mereka rampas coklat, Allah hantar ikan.

“Mereka boleh rampas apa yang kita ada, Tapi mereka tak boleh rampas apa yang Allah ada,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by International Videographer (@haroqs)

Manakala, menerusi perkongsian di platform Threads pula, Haroqs berkata dia bukanlah wira yang perlu disanjung sebaliknya menyifatkan rakyat Malaysia keseluruhannya adalah wira sebenar kerana bersatu menyokong misi kemanusiaan Sumud Global Flotilla (GSF) bagi memecahkan sekatan Isr**l dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas akibat serangan berterusan rejim Z**nis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Sep 2019

Warkah Mohon Maaf Buat Permaisuri Agong

Hari ini hangat diperkatakan tentang akaun twitter Permaisuri Agong dinyahaktifkan. Terbaru di Twitter, kelihatan ada permohonon maaf dari individu bernama Firdaus Asraf.  Melalui twitternya sebelum ini, ada menulis kata-kata yang negatif tentang baginda dimana ianya […]

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Featured Thu, 17 Jul 2025

20 Lelaki Ditahan, Polis Rampas K*ndom & Ubat HIV Dalam Serbuan Pesta G*y

Acara disertai hampir 100 lelaki, namun semasa serbuan, sebahagian besar peserta telah meninggalkan lokasi yang terletak di Jalan Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Trending Thu, 22 Apr 2021
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Popular Sekelip Mata Di Indonesia, Nissa Sabyan Masih Terkejut

Dengan pengikut seramai lebih 8 juta di Instagram, populariti Nissa sebagai penyanyi lagu dakwah dikagumi ramai.

Hiburan Sun, 25 Nov 2018
error: Content is protected !!