Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin October 8, 2025 @ 5:52pm

Alha Alfa Minta Jangan Bandingkan Greta Thunberg & Aktivis Malaysia – “Yang Cakap Lebih-Lebih Tu Jom Join Next Wave!”

“Kita tak ada dekat tempat mereka  jadi jangan jump into conclusion”.

Demikian respons usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa mengenai kenyataan tular yang dibuat aktivis alam sekitar Sweden, Gretha Thunberg baru-baru ini.

Kata beliau, kenyataan yang dibuat Gretha mengenai seruan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebaik sahaja dilepaskan dari penjara Isr**l itu tidak wajar dibandingkan dengan pendedahan yang dibuat oleh sukarelawan negara.

Jelasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hanya mampu menyokong dan mendoakana dari jauh sebaiknya kita tidak terus membuat kesimpulan dengan tindakan mereka.

“Satu nak cakap, jangan bandingkan kenyataan Gretha dengan aktivis Malaysia. Kita taka da ditempat mereka, kita tak ada di sana… jangan terus memubuat kesimpulan.

“Yang video kita tengok tu satu sahaja. Entah-entah aktivis kita pun tidak mahu bercakap tapi dah wartawan tanya kan? Jawab sahaja lah.

“Entah-entah Gretha ada sahaja maklumkan dan bagitahu apa jadi dekat dia tapi tak viral. Kita ni Malaysia, cepat je nak viral.

“Bagi saya okay lah aktivis kita  nak bagitahu apa mereka kena  suapay seluruh dunia tahu kekejaman penceroboh tu. Nanti benda ni akan disiasat kelak,” katanya.

Mengulas lanjut, Alha juga menegaskan bahawa dia menyokong kenyataan dan pendedahan yang dibuar sukarelawan yang terlibat supaya masyarakat cakna dengan situasi tegang yang berlaku di Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN:“Inilah Makhluk Paling Zalim Atas Muka Bumi” – Baju Digunting, Tudung Direntap… Zizi Kirana Dedah Momen Ditahan Pihak Isr**l

ARTIKEL BERKAITAN:“Isra**l Memang S*al!” – Nadzmi Adhwa ‘Naik Hantu’ Ardell Aryana Didera Pihak Penceroboh

ARTIKEL BERKAITAN:Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l

ARTIKEL BERKAITAN:“Askar Zioni* Tahu Gerak Kerja Kami” – PU Amin Cerita Pengalaman PU Rahmat Ketika Disoal Siasat

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dib*gelkan 3 Kali” – PU Rahmat Kongsi Pengalaman Ditahan Isr**l, Sifatkan Penceroboh Sebagai Bangsa ‘Penakut’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Events Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Featured Thu, 22 May 2025
Trending Mon, 9 Dec 2019

Wanita Dipenggal & Dijamah Otak Gara-Gara Cakap Bahasa Inggeris

Alamak kena berjaga-jaga bila bercakap selepas ini.

Featured Mon, 19 Dec 2022

Video Tuju Pada Diri Sendiri Disalah Erti, Sherry Alhadad Mohon Maaf

Salah faham je ni.. Sherry pun dah minta maaf

error: Content is protected !!