Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 9, 2025 @ 7:27pm

“Setiap Perubahan Bermula Dengan Peluang” – Asyraf Khalid Sasar Bimbing 500 Pemimpin Muda

Usahawan dan pempengaruh Asyraf Khalid kini memberi tumpuan untuk membentuk generasi muda yang berjiwa kepimpinan menerusi program Madani Future Leaders 500 di bawah Madani Research Centre (MRC).

Program ini menghimpunkan 500 pelajar terbaik dari seluruh Malaysia yang akan dibimbing secara dekat oleh tokoh korporat, usahawan dan pemimpin industri. Matlamatnya cukup jelas, melahirkan barisan pemimpin masa depan yang bukan saja bijak tapi juga berintegriti dan berwawasan.

Menurut Asyraf, anak muda hari ini memiliki potensi besar untuk jadi pemimpin jika diberi peluang dan bimbingan yang betul.

“Saya percaya setiap perubahan bermula dengan peluang. Generasi muda kita bukan kurang bakat, cuma mereka perlukan ruang dan panduan untuk berkembang,” katanya.

Menerusi program itu, peserta akan didedahkan kepada pelbagai pengalaman dunia sebenar termasuk latihan kepimpinan, kemahiran komunikasi dan pemikiran strategik.

“Saya mahu lihat generasi pemimpin baharu yang bukan saja cemerlang dalam akademik, tapi juga berjiwa besar dan memahami tanggungjawab membina negara,” tambah Asyraf.

Pelantikan Asyraf diumumkan oleh Pengerusi MRC, Dr. Madhi Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azmi Mat Nayan. Dalam masa sama, Asyraf turut diberi tanggungjawab mengetuai bahagian Penjenamaan dan Penglibatan Awam di pusat penyelidikan itu.

Selain fokus terhadap pembangunan kepimpinan belia, Asyraf juga mahu memperjuangkan hak dan penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas termasuk penghidap autisme dan ADHD melalui Inisiatif Madani untuk Kanak-Kanak Keperluan Khas.

“Anak-anak istimewa perlu diberi peluang yang sama untuk mencapai potensi mereka. Masyarakat Madani sebenar ialah masyarakat yang menyantuni semua golongan tanpa kecuali,” ujarnya.

Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada peningkatan kesedaran awam, penambahbaikan dasar kerajaan dan sokongan komuniti supaya kanak-kanak keperluan khas lebih diterima dalam sistem pendidikan, pekerjaan dan kehidupan seharian.

“Kita kena ubah cara pandang masyarakat terhadap mereka, sebab setiap anak ada peluang untuk membina masa depan sendiri,” kata Asyraf.

MRC merupakan badan penyelidikan dan dasar yang menyokong pelaksanaan gagasan Malaysia Madani, dengan fokus terhadap pembangunan masyarakat serta komunikasi nilai nasional.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Oct 2022

“Nampak Ayu & Sopan, Teruskan Pakai Macam Ini” – Penampilan Baby Shima Berbaju Kurung Dipuji Netizen

Sering dihimpit kontroversi, penampilan terkini penyanyi dangdut Baby Shima yang memakai baju kurung menarik perhatian warganet. Dikongsikan menerusi hantaran terbaru akaun TikTok miliknya, kali ini Shima tidak menerima kritikan, sebaliknya dia mendapat pujian rata-rata peminat. […]

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Trending Fri, 21 Oct 2022

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu. Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan […]

Featured Thu, 2 Mar 2023

Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

‘Dia jatuh terkena bucu katil.. dia yang minta maaf.. Luluh hati menghadap perkara ni’ – Azhan Rani 😥 Apapun guys, kita doakan Fasha segera sembuh ya 🤲🏻🥹

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Nora Teruja Duet Dengan Aishah Sempena Minggu Setiausaha April Depan

Selain meminati Aishah, Nora juga kagum dengan sifatnya yang down to earth! Nampak tak legend pun rendah diri tau.

Hiburan Fri, 21 Nov 2025

Ucapan Hari Lahir Bapa Mentua Bertukar Syahdu, Rebecca Nur Al Islam Beri Bayangan Banyak Pendam Hal Rumah Tangga?

“Tak sangka jodoh Becca dan Azam sampai di sini saja” – Rebecca Nur Al Islam

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Siti Sarah Terkilan Sebab…?

Peringatan buat kita semua…

LIFESTYLE Mon, 10 Sep 2018
error: Content is protected !!