Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 13, 2025 @ 5:08pm

“Amira Othman Isteri Syurga, Sentiasa Minta Izin & Tanya Pendapat Saya” – Fattah Amin

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, tidak mampu menyembunyikan rasa bahagia bergelar suami kepada penyanyi jelita, Amira Othman, yang disifatkannya sebagai wanita penuh kelembutan, penyayang dan sentiasa mendahulukan suami dalam segala hal.

Menurut Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, keperibadian Amira yang sentiasa menghormati dan memahami dirinya menjadikan rumah tangga mereka tenang dan harmoni.

“Dia (Amira) selalu utamakan suami dia. Dalam apa pun dia buat, dia akan tanya pendapat saya dulu, minta izin dan ambil tahu apa yang saya suka. Itu buat saya rasa dia istimewa. Bagi saya, dia isteri syurga,” katanya

Fattah berkata demikian menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Fiziwoo di TikTok, baru-baru ini.

@fiziwoofficial

Setiap pertemuan ada kisahnya, setiap pandangan pertama ada maknanya. Bagi Fattah & Amira, keindahan FIZIWOO bukan sekadar rekaan ia tentang rasa, tentang tradisi yang dihidupkan semula dengan penuh kasih. #fiziwoo #fiziwooartisanal #fiziwoobridal #setulustakdirfattahamira #fattahamin

♬ original sound – fiziwoo – fiziwoo

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025 dalam sebuah majlis eksklusif di Golden Palm Tree Resort, Sepang.

Sebelum bersama Amira, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Nur Fazura pada 27 November 2017, namun rumah tangga mereka berakhir dengan perpisahan pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu itu, Fattah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia lima tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

Events Sat, 18 Jun 2022

“Lepaih Ni Turn Depa Pulak” – Tayang Bakal Menantu? Cantiknya Kekasih Anak Che Ta!

Sama cantik sama padan min tengok depa ni 😍 Mak mentua dengan bakal menantu pun segak kemain nampak seiras pulak tu 🥰

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Terdesak Sangat Ke Sis Nak Famous?” – Wanita ini Dikecam Gara-Gara ‘Claim’ Pernah Jadi Bekas Kekasih Ryan Bakery

Serius lah akak? Akak bekas girlfriend Ryan Bakery eh???💁‍♀️💁‍♀️💁‍♀️

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Alahai sweet je kan 🥰 Syukurlah Shikin dapat Cat Farish sebagai suami.. seorang yang bertanggungjawab

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Sering Berkongsi Video Rutin Di Gimnasium, Atiq Azman Dilabel ‘G*y’ – “Bolehkah Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini?”

Apa salahnya kan tayang body kat gym untuk motivasi gitu. Tak baik tau tuduh Atiq Azman g*y 🥵🤬

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Scooter Braun Backs Kris Wu Up Against Fake Chart Numbers Controversy

Angry fans of other stars even wanted this ‘case’ to be properly investigated!

error: Content is protected !!