Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 23, 2025 @ 11:42am

Uqasha Senrose Dakwa Kamal Adli ‘Fake’ & Tak Jujur, Akui Dah Setahun Sabar Demi Anak – “Saya Dah Terlampau Masak…”

Kontroversi rumah tangga pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli semakin hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas selebriti wanita itu dikatakan telah memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.

Uqasha kemudian mempersoalkan tarikh dirinya bernikah tidak sama seperti yang tertera dalam sijil nikah mereka, sekali gus mendakwa Kamal telah memanipulasinya.

Artikel Berkaitan: “Selama Ni Aku Diperbodohkan Seluruh Ahli Keluarganya?” – Uqasha Senrose Dakwa Nikah Tanpa Pengetahuan, Pertikai Tarikh Sijil Nikah Berbeza Dari Hari Akad

Menerusi ruangan komen di perkongsian itu, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mendakwa suaminya, Kamal seorang jejaka ‘fake’ dan tidak. jujur.

“Somehow, it’s better people to know that he is being fake and not being honest. If only I can tell the world how fake he is. Sorry to say, semua perempuan yang ‘backup’ dia ni atas kerana postingnya yang terbaru tu silakan,” katanya.

Sementara itu, tular sebuah video siaran langsung di TikTok memaparkan Uqasha yang memberi bayangan dia sudah lama bertahan dalam rumah tangga terbina sejak November 2011 demi anak tercinta, Uqaira.

“Ya ini adalah satu dugaan untuk saya. Saya dah setahun bersabar dalam perkahwinan ini untuk anak.

“Gila tak kurus. People only judge by one sided. When people trying to be truthful, honest that’s when kena. Kenapa sekarang selalu macam ni?

“Saya dah terlampau masak. Terpulang kepada anda semua. Saya tak cakap nak buka aib siapa-siapa,” katanya.

@sajenakpost

#uqashasenrose #kamaladli #cerai #semogadipermudahkan #fyp

♬ original sound – sajenakpost – sajenakpost

Sebelum ini, Uqasha nekad untuk meneruskan permohonan cerainya terhadap Kamal.

Pergolakan rumah tangga pasangan pelakon itu dikatakan berpunca akibat tiada persefahaman sekali gus mendorong Uqasha untuk memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.

Untuk info, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan tarikh 28 Oktober depan untuk prosiding perceraian antara pasangan pelakon terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Dah Bernikah Rupanya…

Tahniah Vanessa Angel!

Trending Fri, 16 Aug 2019

Imam Terbunuh Ketika Solat Jumaat

Lagi kejadian serangan bom selepas solat Jumaat.

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Trending Wed, 3 Jan 2018

Gajah Terkena Renjatan Elektrik Di Gerik

Seekor gajah betina ditemui mati dipercayai akaibat terkena renjatan elektrik wayar hidup di Gerik, Perak. Berdasarkan laporan Pengurusan dan Ekologi Gajah-gajah Malaysia (Meme), gajah bertina tersebut dianggarkan berusia 40 tahun. Malah, gajah tersebut juga berkemungkinan […]

Hiburan Mon, 30 Dec 2024

Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000

Namun, baki hutang pinjaman hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 bulan.

error: Content is protected !!