Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 30, 2025 @ 12:37pm

Linda Rafar Beri Bayangan Keluar Kumpulan Elite – “Moga Allah Kuatkan Saya”

Penyanyi, Linda Rafar mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan Elite.

Berita yang dikongsikan oleh Linda menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) miliknya pada Rabu telah memberi kesan kepada peminat Elite.

“Hanya kepada Allah aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat sertai Elite lagi. Sedih sangat, nak menulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan saya dalam apa juga keadaan,” katanya.

Keputusan Linda atau nama lengkapnya, Azlina Abdul Rafar, 47,  itu dipercayai berpunca daripada kritikan dan kecaman diterimanya berkait rapat dengan penampilannya ketika membuat persembahan di konsert Elite Live ’25, baru-baru ini.

Linda berkata dia sukar menerima apabila ada segelintir pihak yang mengkritik penampilannya tidak sesuai sebagai wanita muslimah sehingga ahli keluarganya turut terkena tempias susulan isu tersebut.

Rata-rata netizen mempertikaikan pemilihan busanya itu tidak seiring dengan aktivitinya yang rajin menghadiri usrah dan kelas agama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Status tak sindir sesiapa – Sharifah Sakinah

Hubungan baik dan keserasian yang dicapai antara dia dengan aktor itu bukan sekadar dalam drama semata-mata, malah juga di luar set penggambaran.

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Fasa baru dalam hidup Issey!

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Events Sat, 1 Oct 2022

12 Tahun Dalam Industri, Fourtwnty Miliki ‘Eksklusiviti’ Tersendiri

🌻🌻🌻Terus sukses, terus terbang tinggi dengan kata-kata paling indah🌻🌻🌻

Hiburan Sun, 14 Oct 2018
Trending Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Featured Fri, 7 Oct 2022

“Jangan Cium, Minta Izin Sebelum Sentuh…” – Mira Filzah Tegas Lindungi Anak, Tetapkan SOP Di Majlis Aqiqah

Mak mana tak sayang anak, lagi lagi Amir pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ni kann. Bagus tindakan Mira dan Emir nii 🥰🤩

error: Content is protected !!