Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 2, 2025 @ 7:36am

Dua Beradik ‘Blood Brothers’ Raih Kemenangan Bersama, Syafiq Kyle & Syazwan Zulkifly Kongsi Gelaran Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 34

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) menghadirkan kejutan apabila dua pelakon hebat, Syafiq Kyle dan Syazwan Zulkifly diumumkan sebagai pemenang bersama bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Kemenangan itu diraih hasil persembahan bertenaga mereka dalam filem Blood Brothers: Bara Naga yang menonjolkan keserasian dan kekuatan emosi sebagai dua beradik berdepan konflik dalaman.

Ini merupakan kali kedua kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik meraikan dua pemenang.

Kali pertama kategori terbabit meraikan dua pemenang adalah pada FFM 6 pada tahun 1986 yang mengangkat Arshad Mahuri dan Pyan Habib. Mereka menonjolkan lakonan hebat dalam filem Tsu Feh Sofiah.

Anugerah itu sekali gus meletakkan Syafiq dan Syazwan di atas tiga calon lain, iaitu Aedy Ashraff (Kahar: Kapla High Council), Shukri Yahaya (Blood Brothers: Bara Naga) dan Eman Manan (Takluk: Lahad Datu).

Filem usahama Skop Production dengan Media Prima sebagai rakan promosi itu diarahkan bersama Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

Ia mengisahkan tentang Ariff, watak lakonan Syafiq Kyle, yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Datuk Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh merangkap ketua Mafia Naga.

Ariff kemudiannya mengangkat sumpah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat keselamatan Silent Guard, lalu menjadi Blood Brother kepada Ghaz. Namun, keadaan berubah apabila satu pengkhianatan besar berlaku dan Ariff dituduh sebagai pengkhianat.

Dalam usaha membersihkan namanya, Ariff melarikan diri dan mencari pertolongan abangnya yang sudah lama terpisah, Jaki, dilakonkan oleh Syazwan Zulkifly. Sementara itu, Ghaz pula ditugaskan memburu Ariff dan menyerahkannya kepada keluarga Naga yang menuntut keadilan serta dendam.

Selain Syafiq dan Syazwan, filem aksi penuh emosi ini turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Irfan Zaini, Andy Teh, Ray Dap Dap, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Zamarul Hisham dan ramai lagi pelakon berbakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

#BEST WISHES MAWARAF

Menggunakan hashtag #mawaraf, Raf Yaakob dan Mawar Rashid telah diraikan oleh keluarga terdekat semasa majlis bersiram dan berinai yang telah dijalankan disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

16 Korean Idols Who are Making a Comeback in April

Here’s the full list of Korean idols who are making a comeback in April. The dates are listed too!

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Nourul Depp Tahan Sebak, Menanti Anak Sulung Pulang Ke Pangkuan – “Harap Dia Kembali Ketika Saya Masih Hidup”

Nourul bagaimanapun menegaskan dia percaya Ayu adalah seorang anak yang bijak dan memiliki asas agama yang baik hasil didikan yang diterapkan sejak kecil.

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Featured Mon, 12 Jun 2023
Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Hiburan Wed, 22 May 2019
Selebriti Thu, 7 Dec 2023
Featured Tue, 26 Oct 2021
error: Content is protected !!