Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 12, 2025 @ 5:21pm

“Doa Anak Yatim Itu Luar Biasa” – Anzalna Nasir Syukur Rezeki Datang Tak Disangka

Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur apabila menerima rezeki tidak disangka selepas menunaikan hajat beberapa anak yatim baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Anzalna mengakui tidak menyangka niat kecil untuk membahagiakan mereka akhirnya membawa keberkatan besar dalam hidupnya.

“Tak pasti doa anak yatim yang mana satu Allah makbulkan. Sebenarnya tak banyak pun Anzalna belanja mereka, cuma tanya apa yang mereka teringin nak makan, niatnya cuma nak gembirakan hati mereka.

“Tapi SubhanAllah, pada hari yang sama juga, Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka pada Anzalna. MashaAllah bila Allah nak bagi, sekelip mata saja boleh berlaku,” tulisnya.

Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk, sebaliknya mahu mengingatkan orang ramai bahawa setiap kebaikan, sekecil mana pun, pasti mendapat ganjaran.

“Bukan untuk riak, cuma ingin berkongsi supaya kita semua ingat bahawa setiap kebaikan sekecil apa pun, pasti ada ganjarannya di sisi Allah,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keikhlasan Anzalna dalam membantu golongan memerlukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Jan 2019
Featured Mon, 6 Oct 2025

Riena Diana Nekad Dalami Ilmu Agama, Akui Keith Foo Suka Lihatnya Bertudung!

Riena mengakui sedikit takut dan gementar apabila sering diajukan soalan mengenai isu tersebut

Featured Tue, 25 Nov 2025
Trending Tue, 24 Mar 2020

Eina Azman Berang Dituduh Pentingkan Diri Borong Enam Troli Barang

Pelakon jelita Datin Paduka Eina Azman bertindak “menyelar” tindakan seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya mementingkan diri kerana berbelanja besar semasa tempoh Kawalan Pergerakan ketika ini.  Menurut Eina,25, dia tidak menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya […]

error: Content is protected !!