Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin November 13, 2025 @ 12:21am

June Lojong Anggap Watak Dalam Filem Polong Antara Paling Berat Pernah Dibawa

Pelakon June Lojong menganggap karakter Maria Hadi dalam filem Polong arahan Zulkarnain Azhar antara peranan paling berat pernah dilakonkannya.

Meninggalkan impak berat dalam kerjaya lakonannya, June mendedahkan watak itu mendapat ilham daripada kisah benar, namun tidak dicipta untuk meniru mana-mana individu tertentu.

“Sejujurnya, watak ni memang diinspirasikan daripada kisah sebenar, tapi saya tak tiru sesiapa. Maria Hadi bukan Mona Fandey, cuma seorang wanita yang terperangkap dalam keadaan hidup yang mendesak.

“Sebelum penggambaran, saya banyak rujuk rakaman lama dan baca kes-kes terdahulu, tapi bukan untuk meniru gaya atau rupa. Saya cuma nak faham emosi yang dialami wanita seperti dia.

“Cabaran utama adalah untuk benar-benar merasai jiwa watak itu, bukan sekadar melakonkan,” katanya bercerita mengenai naskhah yang bakal muncul pada tahun hadapan itu.

Tambah isteri kepada pelakon berkaliber Namron itu, pengarah mahukan karakter Maria digambarkan sebagai manusia yang berada di penghujung tekanan hidup, bukan sekadar watak jahat semata-mata.

“Zul selalu pesan, Maria bukan penjahat. Dia cuma manusia yang tersesat dalam dunia yang dia cipta sendiri.

“Ada masa saya balik rumah pun rasa macam Maria masih ‘ikut’ balik. Watak dia berat dan sarat emosi. Jadi saya kena tahu bila masa untuk lepaskan supaya tak terbawa-bawa.

“Antara babak paling mencabar ialah adegan terakhir Maria dengan anaknya. Babak tu betul-betul menguji emosi. Air mata tu datang sendiri sebab saya faham perasaan dia yang tahu itu kali terakhir dia jumpa anaknya,” ceritanya.

June menegaskan Polong bukan sekadar filem seram, tetapi kisah tentang sisi gelap manusia yang hilang arah kerana obsesi dan cinta.

“Saya tak nak orang tengok filem ni hanya untuk takut. Saya nak penonton faham penderitaan dan kekosongan jiwa seseorang bila tersilap langkah.

“Kadang-kadang yang paling menakutkan bukan makhluk halus, tapi manusia itu sendiri,” ujarnya.

Polong mengisahkan Maria Hadi, seorang wanita yang terlibat dengan amalan ilmu hitam dan dihantui dosa silam, namun berusaha mencari keampunan menjelang akhir hayatnya.

Dalam usahanya menebus kesalahan, dia melepaskan polong peliharaannya kepada orang lain, namun roh jahat itu memburu pewaris Maria bagi menuntut dendam dan menunaikan sumpah yang ditinggalkan.

Filem arahan Zulkarnain Azhar ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Fad Anuar, Nam Ron, Nadiya Nisaa dan ramai lagi, dan dijangka menemui penonton pada tahun 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 27 Sep 2025

“Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Isu Pakaian Ketat Jadi Bahan ‘Kutukan’ – “Saya Insan Yang Tak Sempurna Dimata Anda”

Linda Rafar tampil memohon maaf susulan isu kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini.

Hiburan Mon, 10 Mar 2025
Hiburan Fri, 2 Feb 2024

‘Ritma & Rima’ Beri Magis Buat Akim, Stacy Untuk Terus Berkarya

Finally, Akim dan Stacy keluarkan lagu baru!

Featured Thu, 3 Aug 2023

Kelakarnya! Terpegun Tengok Beza Ketinggian Hael Husaini & Nadhir Nasar, Netizen Komen: “Budak Sekarang Banyak Makan Hati Bang!”

Penyanyi popular, Hael Husaini mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi akaun TikTok miliknya ketika hadir pada majlis fesyen jenama terkenal antarabangsa, Balenciaga baru-baru ini. Menerusi perkongsian tersebut, Hael kelihatan berjabat tangan bersama pelakon […]

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Wed, 25 Mar 2020
Trending Wed, 20 Nov 2019

Betul Ke Penyokong Indonesia Ditahan ‘Orang Malaysia’ Dalam Stadium

betul atau tidak kena tunggu update terkini di medial sosial platform

error: Content is protected !!