Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 14, 2025 @ 10:51am

Mickey Ayo Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Nora Danish – “Saya Bergurau Bila Cakap…”

Perunding kewangan yang kini sering menjadi bualan warganet, Mickey Ayo, akhirnya membuka kisah sebenar mengenai detik awal perkenalannya dengan aktres jelita, Nora Danish.

Menerusi satu klip siaran langsung di TikTok, Mickey menegaskan ramai tersalah sangka tentang bagaimana hubungan mereka bermula.

“Macam mana saya kenal Nora? Yang pasti bukan melalui Instagram. Kami tak pernah pun follow satu sama lain,” katanya sekaligus menafikan dakwaan kononnya mereka mula rapat kerana berbalas mesej di media sosial.

Menurutnya, kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia telah menyekat Nora di Instagram hanyalah gurauan nakal.

“Saya gurau bila cakap saya block Nora. Sebenarnya tak ada siapa block siapa. Itu hanya gurauan,” katanya.

Jelas Mickey, pertemuan pertama mereka berlaku dalam suasana santai apabila diperkenalkan oleh rakan-rakan.

“Saya cerita sikit. Kami diperkenalkan melalui kawan. Kami keluar makan beramai-ramai. Dari situ kami mula saling mengenali,” ujarnya.

Tidak mahu mengulas panjang, Mickey bagaimanapun menitipkan harapan agar hubungan baik mereka terus dipandang positif.

“Apa-apa pun, doa yang baik-baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mickey turut memuji sisi peribadi Nora yang menurutnya jauh berbeza daripada persepsi sesetengah netizen.

“Dia tak kuat merajuk. Dia ada heart of steel,” katanya.

Hubungan rapat mereka sebelum ini beberapa kali mencetus spekulasi apabila dilihat hadir di lokasi sama, namun kedua-duanya kekal memilih untuk tidak mengesahkan sebarang status.

Artikel Berkaitan: Mickey Ayo Join Trend Lagu Kacamata Afgan, Komen Nora Danish Raih Perhatian

Artikel Berkaitan: Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Mickey Ayo

Artikel Berkaitan: Nora Danish Bagi Jam, Mickey Ayo Balas Hadiah Beri Kasut ‘Matching’… Netizen Usik Persis Pasangan Bercinta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Retrospektif Showcase Jadi Persembahan Istimewa, Afgan Bakal Bertemu Peminat Malaysia 5 Disember Ini!

Afgan Retrospektif Showcase akan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Trending Thu, 23 Aug 2018

Grisly End to Superbiker After Being Dragged by Car for 2km on Highway

The freak accident is definitely not a nice way to go.

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Hiburan Wed, 6 May 2026

Selepas Lebih Sedekad Bergerak Solo… Asfan Shah Kini Bersama Asfan & Manusia, Lancar Single ‘Dusta’

Asfan Shah kini tampil dengan langkah baharu menerusi penubuhan kumpulan Asfan & Manusia.

Contest Tue, 26 Nov 2019

xtra好康头 | 送你李佩玲与玛莎《MY SISTA跨年倒数演唱会》入门票

想要度过一场难忘的跨年狂欢? xtra好康头 将送你李佩玲与玛莎《MY SISTA跨年倒数演唱会》入门票。

Featured Wed, 14 Dec 2022
Trending Wed, 1 Aug 2018
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

error: Content is protected !!