Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 24, 2025 @ 4:12pm

“Jangan Pandang Dari Sudut Sempit” – Joey Daud Tegur Segelintir Penonton Suka Salah Faham Babak Komedi ‘Double Meaning’

Pelakon, Joey Daud memberi pesanan kepada penonton filem untuk melihat sesebuah karya secara menyeluruh dan memahami konteks sebelum cepat melabel atau tersalah tafsir sesuatu babak.

Ketika ditemui media, Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud, 52, menjelaskan perkara tersebut amat penting terutamanya apabila melibatkan dialog komedi yang menggunakan perkataan ‘double meaning’.

“Filem atau layar lebar lesen dia sangat besar. Tapi kalau boleh, jangan pandang dari sudut yang sempit.

“Contohnya, kalau saya peniaga pisang dan saya letak papan tanda ‘Jangan picit pisang saya’. Maksudnya jelas, saya berniaga, kalau picit, rosaklah pisang.

“Tapi ayat itu boleh pergi dua arah. Sebab itu saya kata, fokus pada keseluruhan cerita dan apa yang ingin disampaikan,” jelasnya.

Joey berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Klepet, baru-baru ini.

Sementara itu, ketika disoal mengenai pandangannya berhubung lawak ‘lucah’ dalam filem atau drama bergenre komedi, Joey menegaskan setiap pelakon hanya membawakan karakter yang dirangka mengikut kehendak skrip.

“Setiap pelakon akan sarung karakter masing-masing. Kalau wataknya jahat, kita tonjolkan sisi itu. Kalau comel, kita mainkan comel. Itu tugas pelakon.

“Kalau bercerita tentang lawak lucah, di luar negara lagi teruk. Ini baru comel-comel, dah diserang. Macam mana filem kita nak pergi jauh? Tengok keseluruhan cerita. Orang dewasa kena terangkan maksud sebenar kepada anak-anak. Saya sendiri buat begitu supaya mereka faham,” katanya.,” ujarnya.

Sekadar info, filem Klepet bakal ditayangkan pada 27 November ini, yang turut menampilkan barisan artis hebat tanah air iaitu Meerqeen, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Taruhan Terbaru Ernie Zakri Dan Syamel Dalam Takkan Terlerai

Mampukah agaknya lagu ini mengatasi lagu Aku Cinta?

Trending Fri, 5 Oct 2018

Opsss… Ini Mall ATAU Bangunan Tak Siap?

Menerusi perkongsian saudara Kai Chuan, bangunan itu mungkin dilihat sebagai unik pada sesetengah orang namun rata-rata netizen berpendapat ia seolah gambaran sebuah bangunan tak siap. Korang rasa macam mana?

Trending Wed, 3 Apr 2024
Events Wed, 16 May 2018

Beginilah Nilai Kasih Sayang Seorang Isteri Terhadap DSAI

Namun apa yang paling menyentuh perasaan terhadap pembebasan Ketua Umum Pakatan Harapan  ini ialah,  tindakan Datin Seri Wan Aziz Ismail yang dilihat memeluk erat suaminya itu sepanjang DSAI dalam perjalanan menuju ke Istana Negara

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] “Dua Hari Yang Sangat Sunyi, Moga Hadir Dalam Mimpi Daddy” – Zaquan Adha

“Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan Ya Allah,”-Zaquan Adha

Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Ernie & Syamel Sepakat Warna Baju Raya, Persiapan Anak Jadi Keutamaan

Ernie Zakri dan Syamel lebih berhati-hati dalam pemilihan warna baju raya

Hiburan Wed, 12 Oct 2022
error: Content is protected !!