Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 29, 2025 @ 2:26pm

“Saya Risau Tak Laku” – Produk ‘Sold Out’, Sokongan Peminat Buat Kamal Adli Menitis Syukur

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa syukur dan terharu apabila produk jualannya bersama jenama produk sejuk beku Pak Mat Western berjaya sold out meskipun pada awalnya dia bimbang tidak mendapat sambutan.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, tidak menyangka sokongan yang diterima begitu besar sejak kemunculan awal dalam iklan sehingga diberi peluang oleh pihak Pak Mat untuk berniaga bersama.

“Siapa yang beli saya nak ucapkan terima kasih, berjuta sokongan daripada awal lagi kita mula dengan iklan, sampai Pak Mat tawar saya untuk berniaga sekali.

“Pada awalnya saya tak yakin, takut kalau tak ada orang beli, risau sekiranya tak capai target. Alhamdulillah, produk pun sold out.

“Terima kasih banyak-banyak. Saya sangat terharu. Hanya Allah sahaja boleh balas segala pemberian yang anda beri kepada saya. Saya doakan untuk awak sekeluarga.

“Semua rezeki ini datang daripada Allah, tetapi juga hasil daripada anda semua bila minta Pak Mat tawar saya. Semoga Allah merahmati anda semua,” katanya.

@cikindah911

Terima kasih semua yang support Ahmad Kamal.. 13k viewers.. 3x live end, live end 😆.. Habiskan jualan smpai sold out.. Semoga murah rezeki kita semuaa.. Orang baik ramai sayang.. Ingat pesan Kamal.. Cakap yang baik2, baik kat mana2 sekalipun.. Personal atau apa.. Jumpa esokk pulak laa ekk.. Tgh pikir nak live ke takk 🤣.. Tt ni hantar notification sruh live 35 minit 😅😆 #kamaladli #kamaliens #pakmatwestern #KA

♬ original sound – user28420308702 – user28420308702

Dalam pada itu, di sebalik kejayaan tersebut, Kamal kini berdepan prosiding Jawatankuasa Pendamai (JPK) berhubung kemelut rumah tangga bersama isterinya, pelakon Uqasha Senrose.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding JPK bagi kes perceraian pasangan berkenaan.

Terdahulu, Uqasha memfailkan perceraian terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu, selepas empat tahun berkahwin pada 5 November 2021.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira hasil perkongsian hidup bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Feb 2018

10张错觉照片挑战你的视觉神经

「视觉错觉」是指视觉欺骗我们的大脑,感知到的物体的尺寸和颜色不同于真实的物体的情况。在网路中,有许许多多这样的例子,现在我们列出一些图片,你会看到不同的东西,一起来挑战你的大脑,去发现被欺骗的那些现象吧!

Featured Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Featured Fri, 16 Jul 2021

PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Tamat, Boleh Rentas Negeri Dalam Fasa 3 & 4

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan di 34 buah mukim di Selangor hari ini. Menerusi ciapan Twitter hari ini memaklumkan pihak MKN bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD yang bermula 3 Julai lalu. […]

Featured Tue, 19 Mar 2024

“Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Haa, agak-agak statement tu Adira tuju pada siapa??? Cuba teka…

error: Content is protected !!