Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 1, 2025 @ 3:30pm

Konsert DiA Misha Omar ‘Cukup Rasa’.. Duet Bersama Anak Cipta Magis Tersendiri

Penyanyi bersuara emas, Misha Omar akhirnya menunaikan janjinya apabila hadir dengan konsert sulung berjudul,  Konsert DiA Misha Omar yang berlangsung baru-baru ini.

Menghangatkan pentas dengan lagu-lagu hitnya seperti Hati Keliru, Terpana, Ku Seru, Halaman Cinta, Sembunyi, Lilitan Asmara, Tanpa Rela, Angin Syurga, Terimaku Seadanya dan Destiny, Misha membuktikan, kariernya selama dua dekad dalam industri hiburan tanah air tidak sia-sia apatah lagi ketika lagu-lagu yang disampaikan itu disambut dengan nyanyian dari semua penonton yang hadir.

Lebih mencuri perhatian, ketika ‘Destiny’ dinyanyikan, Misha tampil dengan kejutan apabila membawakan anak lelakinya, Idrees Ezzwa sebagai rakan duet.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Malah, paduan pencahayaan dan mainan visual yang dipersembahkan beserta susunan lagu-lagu seperti Permainan Hati, Untuk Bermimpi, Dedebu Cinta, Sampai Di sini, Cinta Adam & Hawa, Masihkah Ada Rasa Itu, Pulangkan, Break dan Sampai Bila itu menjadikan konsert ini sebagai paling manis, cukup rasa dan pastinya dekat dihati penonton yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Malah, sebagai penyanyi yang mempunyai karakter tersendiri setiap kali berada di atas pentas, Misha atau nama lengkapnya, Samihah atau Aisah Omar, 43, berkata, dia tidak kisah jika lagu-lagu sedih yang dibawakannya membolehkan dia sentiasa berada didalam hati peminat.

“Kalau lagu-lagu sedih itu membolehkan saya ada didalam hati anda semua, saya sanggup,” katanya.

Selain itu,  penyanyi yang sentiasa ‘humble’ ini turut berkongsi detik awalnya bersama komposer terkenal tanah air, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang menjadi antara tunggak penting dalam karier nyanyiannya sebagai artis rakaman sebelum menyampaikan beberapa buah lagu popular ciptaan arwah antaranya, Jerat Percintaan (Datuk Siti Nurhaliza), Gubahan Rindu Puisi Syahdu (Fauziah Latiff) dan Renungan Terakhir (Datuk Nora).

“Allahyarham pernah kata suara saya sebenarnya biasa-biasa sahaja.

“Tapi katanya,  ada ‘rasa’ dalam suara saya yang membuatkannya mahu mendengar lagi”, kongsinya.

Dan, sebagai penutup konsert, Misha menghadiahkan lagu Bunga-Bunga Cinta untuk semua peminat yang hadir yang disifatkannya sebagai ‘rakan-rakan’ seorang Misha Omar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Feb 2019

’Bukan Lagu Tentang Saya Tapi…’- Patrick Buka Mulut Kongsi Kisah Lagu Baru IAmNeeta

Jom request lagu Ilusi di radio Hot FM & Kool FM sekarang!

Hiburan Fri, 26 Dec 2025

4 Alasan Kenapa ‘Duyung: Legenda Aurora’ Wajib Masuk Dalam Senarai Tontonan Hujung Tahun!

Filem ini mengetengahkan gabungan elemen mitos, kekeluargaan, pengembaraan dan humor.

Featured Thu, 23 Dec 2021

Sebak… Kereta Hasil Titik Peluh 7 Tahun Dihanyutkan Banjir, Wanita Ini Reda Baru 3 Bulan Sempat Pakai

Banjir yang melanda negara tahun ini adalah antara banjir yang terburuk dan telah meragut kehilangan nyawa serta harta benda. Nuarjan Sulaiman, 36, seorang penduduk di Hulu Selangor terpaksa menanggung kekecewaan dengan apa yang terjadi setelah […]

Hiburan Thu, 1 Aug 2024
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Ini Respon Amelia Henderson Kepada ‘Makcik Bawang’

Netizen mula menjadi ‘makcik bawang’ melontarkan pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan pelakon jelita, Amelia Henderson. Apakah respon yang diberikan oleh Amelia?

Hiburan Thu, 29 May 2025
Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Menyanyi Boleh, Mengaji Pun Sedap…Terbaiklah Bulan!

Mesti Mentor Black bangga dengan protegenya!

error: Content is protected !!