Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 1, 2025 @ 5:14pm

Konflik & Pengalaman Pengarah Bergelar Mualaf Diangkat Dalam Filem Ninavau

Pengalaman peribadi berdepan konflik sebagai mualaf lima tahun lalu menjadi inspirasi utama pengarah Bebbra Mailin melahirkan filem sulungnya, Ninavau, sebuah naskhah yang berani menyentuh isu sensitif pertukaran agama dan penerimaan keluarga.

Kata Bebbra, dia yang dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik di Sabah, mengakui setiap konflik keluarga dipaparkan dalam filem tersebut adalah sesuatu yang pernah dilaluinya sendiri.

“Saya dibesarkan di Sabah dalam sebuah keluarga Kristian Katolik. Ketika umur 18 tahun saya berhijrah ke semenanjung untuk melanjutkan pelajaran.

“Saya memeluk agama Islam pada tahun 2020 dan setiap konflik bersama keluarga yang saya tonjolkan dalam filem ini saya telah laluinya terlebih dahulu.

“Walaupun cerita ini lebih dekat dengan orang Sabah terutama kaum Kadazan, tetapi isu yang saya mahu angkat adalah penerimaan keluarga dan toleransi masyarakat di Sabah.

“Pertukaran agama itu adalah pilihan peribadi dan pertalian darah tidak akan putus walau apa yang terjadi,” katanya.

Bebbra berkat ademikian ketika ditemui pada majis tayangan perdana Ninavau, baru-baru ini.

Karya yang dinobatkan sebagai Filem Pendek Terbaik dalam Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) pada 2019 dan dihasilkan dalam bentuk filem pendek dan idea asalnya adalah tentang sahabatnya yang memeluk agama Islam.

“Ketika mengarah filem pendek Ninavau saya masih beragama Kristian. Saya adalah watak yang mempersoalkan kenapa perlu bertukar agama dan bertukar nama.

“Tetapi ketika mengarah filem pada 2022 saya telah pun memeluk agama Islam. Jadi, naratif agak berbeza namun matlamatnya tetap sama mahu menyampaikan mesej yang positif meskipun isu ini sensitif,” jelasnya.

Meskipun tiada sebarang adegan seksual atau ganas, filem ini diklasifikasikan sebagai tontonan P16 berkemungkinan terdapat beberapa aspek yang menyentuh soal agama selain terdapat banyak babak di dalam gereja.

“Pihak produksi sangat berhati-hati dalam menulis skrip kerana kita tahu isu ini sangat sensitif. Sebelum ditapis oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami sendiri telah tapis dan mengikut segala garis panduan yang ditetapkan.

“Cuma hanya ada satu babak yang dikeluarkan oleh pihak kami sendiri iaitu babak watak utama Ninavau makan babi.

“Meski kita semua tahu realitinya pelakon itu beragama Kristian, tetapi dalam filem dia memegang watak wanita Islam. Jadi, sebelum dijadikan kontroversi dan propaganda lebih baik kami buang babak tersebut,” ujar Muzzamer tentang karya yang diterbitkan oleh Le Mediator Studio dan Kristal Azmir itu.

Sekadar info, filem yang dibintangi oleh pelakon asal Sabah, Jovenea Jim (Ninavau), Edward Sinsong (Edward) dan Tati Eliana Tonny (Elvira) dan diserikan oleh bintang terkenal Fatimah Abu Bakar dan Hasnol Rahmat ini akan mula ditayangkan di pawagam tanah air pada 4 Disember ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Oh La La…Pertama Kali Dengar Terus Jatuh Chinta!

Saya mahu lagu gamelan Melayu yang diberi nafas baru ini dibawa ke peringkat antarabangsa.

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Labur Ratusan Ribu, Nur Sajat Taja Miss Grand Malaysia 2019

Pencarian ratu cantik Miss Grand Malaysia 2019 bakal diadakan di Hotel Meritz, Miri pada 28 April ini.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Twice Opens Up About the Reality of Idol Life and Mental Health

Sometimes people forget that despite the perfect image fabricated by these idols on screen, they are at the end of the day still a person.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

Famili Duo 3: Pecah Rekod! Empat Duo Berjaya ‘Sapu’ Perfect 10 Pada Minggu Keenam

Persaingan semakin sengit! Jangan lupa saksikan separuh akhir FD3 Ahad ni tau

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Bahan Ke-4 Ni, Walau Duit Banyak Pun Tak Boleh Beli” – Peminat Dakwa Khairul Aming Bersuara Selepas Resipi Ringkas Che Sayang Kitchen Dikecam

Khairul Aming tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Che Sayang Kitchen selepas segelintir netizen mengkritik resipi masakan

Hiburan Thu, 18 Sep 2025
error: Content is protected !!