Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2025 @ 2:30am

Takde Tonton, Tak Nak Kawan! Tracie Sinidol & Jazmy Juma Dipilih Sebagai Wajah Baharu Tonton

Platform hiburan Tonton memperkenalkan dua nama popular, Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, sebagai wajah baharu jenama itu. Pengumuman ini selari dengan pelancaran kempen terbaharu bertajuk Takde Tonton, Tak Nak Kawan’ yang menumpukan kepada penonton muda dan memperkukuh kedudukan Tonton sebagai destinasi hiburan digital utama.

Menjelang 2026, Tracie dan Jazmy akan mengetuai pelbagai aktiviti jenama Tonton, dengan kempen baharu ini menjadi pembuka tirai. Kempen itu menekankan Tonton sebagai platform hiburan yang menyeronokkan, berani dan ruang perkongsian detik menonton bersama rakan-rakan.

Pemilihan Tracie dan Jazmy dianggap tepat memandangkan kedua-duanya pernah mencetus fenomena menerusi drama popular Hilang Dalam Rindu yang masih diingati peminat sehingga kini.

Tracie dikenal sebagai pelakon muda yang semakin meningkat dengan pengaruh digital yang kuat, manakala Jazmy menjadi antara bakat lelaki muda paling hangat diperkatakan tahun ini. Keserasian mereka dan tarikan semula jadi masing-masing menjadikan mereka pilihan ideal untuk menarik perhatian penonton generasi baharu.

“Aura ceria dan personaliti mereka menjadikan Tracie dan Jazmy paling sesuai untuk membawa semangat baharu Tonton. Mereka bukan sekadar wajah jenama, tetapi jambatan untuk mendekati penonton muda dengan lebih dekat dan relevan,” kata pihak Tonton.

Penonton masih boleh menikmati kandungan secara percuma, manakala bagi yang ingin mengakses lebih banyak kandungan premium, pelan Tonton Up ditawarkan pada harga mampu milik RM9.90 sebulan, membolehkan tontonan di hujung jari, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Dengan tenaga baharu, wajah baharu dan arah tuju lebih segar, Tonton bersedia melangkah ke tahun 2026 sebagai platform hiburan yang semakin dekat dengan golongan belia Malaysia, tanpa mengabaikan penonton setianya. Penonton juga dijanjikan lebih banyak pengumuman menarik dan aktiviti interaktif bersama Tracie dan Jazmy sepanjang tahun depan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang rancangan kegemaran anda, ikuti Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Mar 2022

“Perasaan Saya Awalnya Berbolak-Balik.. Sehinggalah Terjumpa Video Penghijrahan Nabil Ahmad” – Asfan Shah

Bukan mengikut ‘trend’, Asfan Shah mengakui terjentik hati selepas menonton luahan dan perjalanan hijrah pengacara Nabil Ahmad

Featured Wed, 16 Jun 2021

Bacaan Yasin Serentak Di TV3 Pecah Rekod, Raih 1.3 Juta Penonton

Siaran program bual bicara, Tanyalah Ustaz yang disiarkan pada 1 Jun lalu di TV3 berjaya meraih 1.3 juta penonton, siaran itu membawakan bacaan Yasin serentak bagi mendoakan kesejahteraan rakyat berdepan penularan pandemik COVID-19. Segmen yang […]

Events Wed, 3 Jan 2018

TICKETS TO RUSSELL PETERS SHOW IN KUALA LUMPUR NOW AVAILABLE!

The international comedian-turned-actor will be doing a show in Kuala Lumpur in March. Tickets are now available for purchase.

Hiburan Tue, 13 May 2025

Muzik AI Tanpa Kawal Selia Ancaman Serius Kepada Industri Muzik Tempatan

RIM menyuarakan kebimbangan terhadap impak jangka panjang teknologi ini terhadap hak cipta dan sumber rezeki penggiat seni.

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sufian Suhaimi Belum Sedia Buka Hati

Lagipun lagu Di Matamu mendapat sambutan baik peminat. Saya tidak mahu momentum lagu ini terganggu akibat kisah peribadi.

Events Sat, 1 Jun 2019

陈劼扬不畏艰辛自掏腰包发实体专辑!自弹自唱唱出心声

出身自八度空间《我要唱好歌》的陈劼扬圆梦!不畏艰辛自掏腰包发实体专辑《单》自弹自唱,唱出自己的心声。

Events Sat, 31 Aug 2019

Mad August八周年演唱会!刘力扬摇滚助阵首唱跨国合作单曲

大马摇滚乐团Mad August出道8周年首办『FIGHTER 』演唱会,化身摇滚战士为本地摇滚音乐不死而战,邀得中国原创女歌手刘力扬前来助阵,奋力演出让现场粉丝『敢。动』嗨翻。

Featured Wed, 10 May 2023
Hiburan Thu, 15 Aug 2019
error: Content is protected !!