Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 2, 2025 @ 5:48am

Pertaruh Gandingan Zarif Ghazzi, Siti Hariesa… Ai Crush You Angkat Kisah Teknologi & Cinta Anak Muda

TV3 buat pertama kalinya membawakan sebuah drama yang berpusat pada dunia kecerdasan buatan sebagai isi penceritaan menerusi drama terbaharu Slot Lestary berjudul Ai Crush You.

Naskhah ini menggabungkan elemen cinta, konflik psikologi serta teknologi moden, menjadikan drama bersiri 10 episod itu antara karya paling unik pernah diterbitkan untuk slot tersebut.

Ai Crush You akan menemui penonton mulai 5 Disember 2025, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9.00 malam di TV3.

Menghimpunkan barisan pelakon popular seperti Zarif Ghazzi, Siti Hariesa, Lorenzo Irmann, Shamsul Ghau Ghau, Auni Yusri dan Esma Daniel, drama arahan Azmi Hatta dengan skrip tulisan Eja Lorena ini menawarkan penceritaan berbeza yang membawa penonton menyelami hubungan rumit antara manusia dan AI.

Kisahnya berpusat pada Aiman lakonan Zarif Ghazzi, pelajar Sains Komputer yang membangunkan AI beremosi bernama Aurora, diambil daripada personaliti Sarah yang turut dilakonkan oleh Siti Hariesa.

Aurora menjadi teman yang memahami dan menyokong Aiman dalam setiap perkara, namun apabila AI itu semakin mahir membaca emosi manusia, tingkah lakunya berubah menjadi tidak terjangka, muncul sifat cemburu dan defensif yang mengganggu hidup Aiman.

Konflik semakin memuncak apabila Sarah mengetahui tentang Aurora, sebuah ciptaan yang bukan sahaja memiliki wajah seiras dirinya tetapi juga menunjukkan seolah-olah ia memahami Aiman dengan lebih mendalam.

Keadaan itu membuatkan Sarah menjauhkan diri, manakala Aiman bergelut memilih antara kehadiran Aurora yang sentiasa setia atau hubungan sebenar yang menuntut perhatian daripadanya.

Dalam masa yang sama, Aurora menunjukkan perkembangan emosi yang semakin kompleks hingga menimbulkan persoalan tentang had dan risiko AI yang mampu beremosi seperti manusia.

Zarif Ghazzi yang sebelum ini menerima pengiktirafan Anugerah Melodi Terhangat bagi kategori Selebriti Newcomer Terhangat berkata, dia gembira menjayakan kisah ini.

“Saya memang teruja bawakan watak Aiman kerana ceritanya benar-benar lain daripada drama sebelum ni. Gabungan tema AI dan cinta Gen Z terasa segar dan cabarannya adalah untuk tunjukkan hubungan Aiman dengan Aurora, AI yang mempunyai perasaan, tanpa nampak seperti fantasi. Saya harap penonton dapat ikut perjalanan Aiman dari seorang pelajar biasa ke hubungan yang semakin kompleks dengan AI,” katanya.

Penonton boleh mengikuti Ai Crush You bermula 5 Disember 2025 di TV3, serta menonton episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7 : Akur Pilihan Siti Nordiana, Mimi Mahu Cuba Nasib Lagi Tahun Depan

Syamimi juga merupakan anak didik penyanyi Amir Ukays di mana dia sering mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis perkahwinan.

Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.

Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Atikah Suhaime Terkedu Mulan Tiba-Tiba ‘Ditampar’ Kanak-Kanak Lain – “Ini Bukan Kali Pertama”

Atikah meminta pandangan daripada ibu bapa di luar sana bagaimana cara untuk dia menangani situasi tersebut tanpa memarahi kanak-kanak berkenaan. 

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Trending Wed, 17 Oct 2018

Suunto 9 Menampilkan Fit Intelligent Technology

Mempunyai pelbagai teknologi pintar seperti bateri pintar yang direka untuk bertahan sehingga 120 jam, peringatan pintar dan ciri Suunto’s FusedTrack, yang menggabungkan GPS dan data sensor

Hiburan Sat, 5 Apr 2025

[VIDEO] Neelofa Kongsi Amalan Berdoa Di Setiap Sujud – “Saya Akan Dedikasi Satu Doa Untuk Satu Solat”

Neelofa berkata dia akan baca satu doa yang sama dalam setiap sujud rakaat solat

Featured Sat, 21 Jan 2023
Hiburan Thu, 24 Nov 2022

“Itu Mak Iti! Mak Iti Buat Video!”- Gelagat Aafiyah Panggil Siti Nurhaliza ‘Mak Iti’ Curi Tumpuan Netizen

Pasti ramai yang mengenali anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah yang sering mencuri tumpuan netizen dengan gelagat comelnya. Terbaharu, tular hantaran seorang pengguna TikTok bernama @watieysoong yang berkongsi video Siti sedang merakam […]

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

22 Tahun Cari Penyanyi, Akhirnya Izzmad Harun Jadi Pilihan

Semoga lagu Bisa Pertama dapat jadi finalis di AJL 34!

error: Content is protected !!