Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 8, 2025 @ 2:07pm

“Macam Zaman Bercinta Semula” – Edika Yusof Syukur Rumah Tangga Kembali Pulih

Pelakon, Edika Yusof akhirnya menarik nafas lega apabila hubungan rumah tangganya bersama isteri tercinta, Nor Hidayah Yusri, 47, kembali pulih selepas melalui fasa paling mencabar dalam perkahwinan mereka.

Menurut Edika atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, tiada pasangan yang terlepas daripada ujian, namun, yang paling penting adalah kesediaan untuk memperbaiki diri dan tidak menyerah ketika hubungan diuji.

“Jodoh, hidup, mati… semuanya ketentuan Tuhan. Kalau kita yakin itu jodoh kita, jangan cepat mengalah. Tiada manusia sempurna. Kita perbetulkan apa yang kurang, kita bincang dan beri peluang pada diri sendiri,” katanya.

Mengenang detik ketika mereka memilih untuk berpisah, Edika mengakui keputusan itu diambil demi memberi ruang kepada kedua-duanya bermuhasabah.

“Kami ambil keputusan untuk duduk asing sekejap. Dalam tempoh idah tu… saya mula mendekati, dia pun sama. Kami berbual perlahan-lahan tanpa libatkan anak. Akhirnya kami rujuk dalam tempoh idah,” jelasnya.

Edika ditemui pada majlis Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-37 (ABPBH37), baru-baru ini.

Lebih menggembirakan, Edika berkata hubungan yang kembali bertaut itu memberi semula rasa ‘berbunga’ seperti zaman mereka baru mula berkenalan.

“Rasa macam cinta baru! Kami berdua saja… anak-anak duduk di tempat lain. Kami mula dari kosong dan saya nampak ia menjadi. Syukur, Alhamdulillah,” katanya.

Mengulas mengenai kecaman dan komen nakal yang pernah timbul ketika rumah tangganya bergolak, Edika memilih untuk tidak menyimpan hati.

“Orang nak cakap macam-macam, biarlah. Mereka bukan tahu cerita sebenar. Yang penting, apa yang dah lepas, biarkan pergi. Saya fokus apa yang perlu dibuat untuk hari esok. Satu komen pun saya tak baca. Masing-masing ada hak nak bersuara.

“Kami dah kembali, perbetulkan mana yang salah dan teruskan hidup. Go with the flow,” katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan dua cahaya mata. Hidayah turut mempunyai seorang anak lelaki, Nazirul Afiq, 27, daripada perkahwinan terdahulu.

Hidayah pernah memfailkan perceraian pada Februari lalu sebelum mereka sah bercerai talak satu pada 5 Mei 2025, namun memilih untuk kembali bersama dalam tempoh idah.

Artikel Berkaitan: Kapsyen ‘Dengan Sepenuh Cinta, Your Husband’ Raih Tanda Tanya, Edika Yusof, Bekas Isteri Didakwa Dah Rujuk?

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Kongsi Foto Mesra Dengan Bekas Isteri, Kapsyen Romantis Raih Tumpuan – “Jika Dia Tersenyum Bermakna Dia Suka Disampingmu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

Kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allahyarhamah Siti Sarah beroleh syurga❤

Featured Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kenapa Madonna Tak Izin Seluar Dalam Dilelong?

Namun pihaknya gagal dalam usahanya menghalang lelongan barangan peribadi miliknya termasuk surat putus cinta daripada legenda Rap, Tupac Shakur dan seluar dalam yang dipos kepada kekasihnya.

Trending Wed, 14 Nov 2018

3 Wanita Terkandas di Korea Selepas Membuat Pembedahan Plastik

Gambar pasport adalah pengenalan diri individu, jika ingin membuat pembedahan plastik diluar negeri, sila fikir dahulu ye

Hiburan Mon, 26 Aug 2024
Hiburan Sat, 6 Dec 2025

“Jika Ada Perkara Baik, Kami Akan Kongsi” – Nora Danish Enggan Ulas Lanjut Hubungan Rapat Dengan Mickey

Menurut Nora Danish, masih terlalu awal untuk dia dan Mickey Ayo berbicara tentang hal yang melibatkan perasaan serta masa depan.

error: Content is protected !!